Petua Merawat Penyakit HFMD Supaya Cepat Sembuh


Rasa tak sedap hati selagi tak kongsi pengalaman dan petua saya sendiri bila anak terkena virus Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD). Maaf, panjang lebar penulisan ini. 

Kebelakangan ini, ramai kanak-kanak yang terkena jangkitan virus HFMD. Tidak terkecuali anak saya sendiri pun kena juga. 

Simptom awal, anak mula demam dan muntah-muntah di padang. Pada masa itu dia ada sukan sekolah tadika. Sehari kemudian, dia mengadu sakit mulut. Susah nak makan. Bila tengok tangan dan kakinya dah naik merah-merah, hati sudah mula berasa risau. Lalu saya pun membawanya pergi ke klinik di sekitar Kemunting. 

Doktor memberitahu bahawa anak saya terkena demam campak biasa sahaja. Doktor hanya memberi ubat demam dan krim berwarna putih untuk disapu. Tetapi bila bawa anak balik, anak menangis-nangis kata mulut dan lidahnya semua sakit. Mula rasa tak sedap hati. Iyalah, nak makan pun tak boleh, nak minum susu dan milo pun sakit, tetapi ibu saya suruh pergi cari daun semambu bagi cucu dia ini tidur di atas daun semambu. Almaklumlah ingat kena demam campak. 

Semasa nak pergi beli daun semambu di rumah jiran berbangsa India, dia ada beri saya satu petua. Jadinya, saya gunakan 100% kaedah rawatan tradisional India ini ke atas anak saya semasa dia terkena virus HFMD. Alhamdulillah, okay sangat-sangat. Selepas tiga hari mengamalkan petua ini, saya bawa anak pergi ke hospital swasta dan bertemu dengan doktor pakar kanak-kanak untuk final diagnosis. 

Pada masa ini, barulah saya tahu yang anak saya terkena HFMD, bukannya demam campak seperti yang diberitahu oleh doktor di klinik. Doktor pakar kanak-kanak ini agak terkejut dengan perubahan sakit anak saya. Dia puji saya pandai menjaga anak saya sebab gelembung-gelembung HFMD menjadi kering dan elok, sedangkan baru 3-4 hari anak terkena HFMD. 

Jadi, saya mahu kongsikan petua yang jiran India saya berikan ini. Ibu-ibu boleh amalkan kalau nak anak cepat sembuh dan kita juga perlu yakin semuanya di atas keizinan Allah SWT. 

1. Saya bagi anak saya makan aiskrim valina. Aiskrim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat-sangat berkesan. 

2. Ambil sebesen air paip, masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Ramaskan daun-daun semambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersebut di bawah cahaya matahri dalam 2-3 jam. Saya letak jam 10.40 pagi hingga 1 petang. Bila sudah agak-agak panas-panas suam, bagi anak kita mandi menggunakan air itu. Jirus secara perlahan-lahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun semambu ini di badan anak dijadikan sebagai penawar. 

3. Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki di bahagian yang terkena jangkitan ini. Jangan masukkan dalam mulut. Untuk atas masalah ulser dalam mulut, beri makan aiskrim vanilla sahaja. 

InshaAllah selepas 3-4 hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri sudah mengalaminya. Parut pun dah tak ada di badan anak. Petua ini sangat-sangat mujarab. Pada yang mahu kongsikan, silakan ya. Saya cuma bercerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ikhtiar dan tawakal. InshaAllah segalanya dengan izin Allah SWT. - Sharifah Nurul Shahida | The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment