Galaxy Note 7 Meletup, Mangsa Fail Saman Terhadap Samsung


FLORIDA - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap Samsung Electronics Co selepas telefon pintarnya, Galaxy Note 7 yang diletakkan di poket depan seluarnya meletup. 

Jonathan Stroble berkata, saman yang difailkannya itu mungkin saman yang pertama di Amerika Syarikat oleh pengguna terhadap firma gergasi Korea Selatan itu berhubung masalah bateri Galaxy Note 7, lapor Berita Harian. 

Saman itu difailkan sehari selepas Samsung menafik balik sejuta Galaxy Note 7 yang dijual di Amerika. 

Mangsa yang berusia 28 tahun berasal dari Boca Raton berkata, semasa kejadian berlaku pada 9 September lalu, dia berada di dalam kedai dan tiba-tiba Galaxy Note 7 miliknya meletup dan terbakar sehingga menyebabkan kaki kanannya melepuh. 



Ibu jari tangan kiri mangsa juga melepuh teruk selepas cuba mengeluarkan peranti itu dari seluarnya. 

Menurut peguamnya, Keith Pierro, Strobel mengalami lepuhan tahap dua sebesar saiz telefon di paha kanannya. 

Saman tersebut difailkan bagi menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan untuk rawatan perubatan, kehilangan pendapatan, kesakitam dan penderitaan dan beberapa kecederaan lain. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment