'Selamba Dia Saja Buat Maksiat, Takde Mufti Nak Tegur?'


Baru-baru ini, seorang lelaki tampil menegur rancangan realiti tv yang dianggapnya agak keterlaluan disiarkan di kaca televisyen tanpa menghiraukan kesannya kepada golongan belia di negara ini. 

Status yang dimuat naik oleh Hairul Amri itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan tegurannya itu. Mana tidaknya, batas seorang lelaki bersama seorang perempuan yang tiada pertalian darah tidak dijaga. Dengan sewenang-wenangnya berpelukan seperti suami isteri. Di mulut mengatakan ia hanya sebagai hubungan ibu dan anak. Namun, niat itu tidak menghalalkan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku itu.  

Jika permainan Pokemon Go yang menjadi trending di seluruh dunia boleh mencuri perhatian golongan mufti sehingga mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan itu, mengapa tidak mengharamkan perbuatan-perbuatan 'maksiat ringan' dalam industri hiburan di negara kita? 

Baca teguran dari Hairul Amri ini. Pasti anda juga bersetuju dengan tegurannya. 

Tadi minum di restoran tertonton Diari Akademi Fantasia (AF). Bukan main drama kononnya guru vocal yang digelar 'Mami' merajuk dengan pelajar-pelajar AF sebab tak dengar kata. 

Kemudian malam-malam, ada seorang pelajar lelaki ini pergi ketuk pintu rumah Mami tengah-tengah malam bawa bunga. Si mami yang berbaju tidur ini pun buka pintu dan buat-buat terkejut pelajar lelaki ini datang ke rumah nak pujuk bawa bunga ros.

Lelaki ini pun masuk ke rumah dalam gelap dan memujuk Mami. Kemudian dua-dua touching berpeluk erat. 

Pengacara Diari AF pula memuji dan menyifatkan ianya ibarat pelukan seorang ibu dan anak. Hashtag, So Sweet. 

Anda nilaikanlah sendiri. Guru Vokal yang digelar Mami ini, penyanyi dangdut separuh abad yang belum insaf pakai pakaian seksi-seksi, vokal pun ke laut. Entah macam mana boleh jadi Guru Vokal. Bukannya power pun nyanyiannya. Harapkan gelek jual body. 

Banyak-banyak penyanyi hebat, orang tua ini juga yang dilantik menjadi Guru Vokal sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Ah, lantaklah. Saya bukan support pun rancangan realiti TV. Yang jadi isu ini, selamba saja dia buat maksiat. 

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini pun dia selalu berpeluk sakan dengan protege Mentor. Konon pelukan kasih sayang untuk dapatkan chemistry. Siap berjogging bersama-sama pakai singlet, berseluar pendek, peluk macam suami isteri. Kemudian akhbar Utusan, Berita Harian dan majalah-majalah hiburan dengan bangga menyiarkan gambar-gambar mereka. 

Saya tak mengikuti perkembangan industri hiburan Malaysia. Tetapi kadang-kadang selak suratkhabar di warung, ternampak benda-benda ini. Ada mufti-mufti nak menegur atau mengharamkan penyanyi dangdut ini? Ada mufti-mufti nak menegur rancangan realiti tv, drama tv, filem-filem, majalah hiburan yang melampaui batas? 

Haram. Pokemon bolehlah. - Hairul Amri 

Ada benar apa yang ditegur oleh Hairul. Sampai bila industri hiburan kita berterusan bergelumang dengan dosa dan merosakkan anak-anak muda? - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment