Gambar Emma Adelia dan anak perempuan yang menjadi mangsa hinaan Safina Said |
PUTRAJAYA - Hajat nak berurusniaga dengan seorang pelanggan terbantut apabila wanita itu tidak semena-mena bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya.
Emma Adelia, tidak menyangka tindakan pelanggannya bernama Safina Said itu tergamak menghina anak dan suaminya yang berasal dari Nigeria itu.
"Eh eh, kelakar sey orang macam ni. Inilah contoh orang yang ada masalah hati. Nak viralkan katanya, tetapi last-last dia yang block kita. Takut ke kak?
"Dari awal mesej memang tak minat nak layan. Bukan main banyak tanda soal dan tanda seru. Bodoh. Tak dapat pelanggan macam ini pun tak apalah. Saya tak mati. Hati kakak ini lagi hitam dari negro. Itu yang pasti," katanya.
Berdasarkan perbualan mereka, Safina yang mahu membuat tempahan jeruk pada mulanya, berasa pelik lalu bertanya tentang kanak-kanak yang berada di sebelah Emma dalam gambar profile Facebook. Tanpa mengesyaki niat wanita itu, Emma berterus terang bahawa kanak-kanak itu adalah anaknya dan suaminya adalah warganegara Nigeria.
Sejurus mendapat penjelasan Emma, Safina terus membatalkan tempahannya.
"Kalau anak negro, saya minta maaf. Saya tidak mahu berurusan dengan sis! Suami saya tak izin saya terlibat dengan yang berkaitan dengan negro. Negro buruk, perangai pun buruk," katanya.
Terkejut dengan kata-kata wanita itu, Emma dengan tenang menjawab yang dia juga tidak dapat terus berurusan dengan wanita itu kerana tindakan perkaumannya itu.
"Sis, maaf ya. Saya pun rasa tak boleh nak berjual beli dengan sis. Ya, anak saya kacukan Nigeria tetapi anak saya cantik tau. Tak seperti sis dan suami, muka hodoh dengan hati busuk," kata Emma yang juga menegaskan bahawa dia tidak gemar dengan golongan yang bersifat perkauman.
Bagaimanapun, Safina dengan confidentnya mendakwa Emma bersikap kurang ajar dan mengugut mahu menyebarkan insiden itu di media sosial. Malangnya, ugutan itu tidak memberi sebarang rasa takut kepada Emma.
Blogger Comment
Facebook Comment