5 gambar cucu allahyarham dato haron din tidak dapat menahan kesedihan semasa solat jenazah ghaib

Suasana sedih menyelubungi dewan solat utama apabila Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya membacakan doa sehingga sebak di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Solat jenazah ghaib yang bermula pada 9.25 pagi itu kemudiannya disertai semua hadirin dan diimamkan oleh cucu Haron, Hakeem Hamdi,17.

Yang turut hadir solat jenazah ghaib itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung di Hospital Universiti Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat.

14344740_1343580488993007_91162280052106

14344768_10153785175192031_7557426715423
Read more »
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment