VIDEO SEEKOR KUCING HITAM YANG TERESAK-ESAK MENAHAN KESAKITAN AKIBAT MEMAKAN BAHAN MAKANAN YANG DILETAKKAN RACUN OLEH INDIVIDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KINI TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL SEKALIGUS MENGUNDANG KUTUKAN MASYARAKAT.

Menurut maklumat yang dikongsikan di Facebook Rusydi Cruz, haiwan jagaannya itu dipercayai telah dizalimi individu tertentu.
Dakwanya, itu merupakan kejadian kali kedua kucing peliharaannya diracun hingga mati.
meow2
Mati lagi kucing aku kena racun..korang rasa ape yg patut aku buat dengan jiran sebelah rumah aku tu…dah lama sabar tapi makin sabar makin geram pulak aku ni,” tulisnya.
Di bawah, kami kongsikan video menyayat hati keadaan kucing yang bertarung nyawa selepas diracun.

Amaran: video ini boleh mengganggu perasaan pencinta haiwan!!

Apakah agaknya kesalahan kucing tersebut sehingga tergamak pelaku bertindak kejam terhadapnya yang tidak berupaya melawan kudrat manusia.
Posting yang dimuat naik oleh Rusydi pada petang kelmarin, menerima lebih 2,000 perkongsian dan puluhan komen yang rata-rata berang dan berharap kematian kucing itu mendapat pembelaan. – MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment