Pelakon Hollywood, Will Smith mendedahkan rancangannya untuk memasuki arena politik apabila dia kecewa dengan kenyataan-kenyataan "gila" Donuld Trump terhahadap orang Islam.
Pelakon yang terkenal dengan filem Men In Black itu memberitahu CBS : "Jika orang ramai terus menerus mengatakan perkara gila seperti mana yang mereka kata di TV pada tempoh hari tentang dinding dan orang Islam, mereka akan memaksa saya ke arena politik".
Pelakon berusia 47 tahun itu juga berkata sekiranya dia memasuki arena politik, sudah tentu dia akan bertanding di peringkat tertinggi.
"Maksud saya, saya mesti jadi presiden".
Smith berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Donald Trump yang mahukan pengharaman terhadap semua orang Islam dari memasuki negara itu.
Donald Trump sebelum ini mencadangkan satu dinding sempadan dibuat untuk mengharamkan orang Islam dari memasuki Amerika. Selain itu dia juga turut mencadangkan masjid-masjid di negara tersebut diletakkan dibawah pengawasan. - Siakapkeli.my
Blogger Comment
Facebook Comment