“Benar… wanita dalam gambar berkenaan adalah bekas isteri saya dan mereka telah pun berkahwin pada Ahad lalu di kawasan kampung ini juga.
“Saya dapat tahu pun daripada penduduk kampung lain dan cerita mengenai pernikahan mereka cepat tersebar.
“Kenyataan Zainol menafikan perkahwinan tersebut menunjukkan dia seorang penakut untuk mengakui kebenaran tetapi sampai bila dia ingin menipu?” tegas lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal, 45, yang mengaku sebagai bekas suami kepada wanita yang dikahwini Zainol MacWilson.
Dia berkata demikian sebagai membalas penafian Zainol yang didakwa sudah bernikah selepas foto perkahwinannya tersebar di Internet.
Tambahnya, Zainol dan bekas isterinya itu melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu di Kangar, Perlis namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi sebenar pernikahan mereka.
Dalam pada itu, Rizal berkata, dia bercerai dengan bekas isterinya pada Januari lalu dan mengakui perpisahan tersebut ada kaitan dengan Zainol.
Kata Rizal, dia terpaksa akur untuk menceraikan isterinya selepas gagal mempertahankan rumah tangga yang dibina termasuklah berusaha dengan cara berjumpa pengamal perubatan Islam.
“Sudah pelbagai cara saya berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga saya termasuklah berjumpa pengamal perubatan Islam namun gagal sehinggalah saya mengalah dah terpaksa menceraikan isteri saya pada Januari lalu,” jelasnya dipetik sebagai berkata kepada Mstar Online.
Dalam pada itu Rizal turut melahirkan rasa kecewa terhadap Zainol yang mahu menagih simpati orang ramai kerana enggan mengaku perkahwinannya namun berdoa agar dia diberi petunjuk Allah.
Malah Rizal juga tidak menyimpan dendam terhadap bekas isterinya sebaliknya berasa kasihan dengan perkahwinan berkenaan.
Untuk rekod, Zainol pernah bertugas sebagai penyampai berita TV3 pada tahun 1990-an dan kemudiannya berhijrah ke luar negara beberapa tahun sebelum kembali semula ke Malaysia untuk terlibat dalam dunia seni.
Sumber: Mstar – Foto: Zainol IG
Sumber: myartis
–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

Blogger Comment
Facebook Comment