Majlis Kecil-kecilan Sahaja Tiada Sidang Akhbar Segan Sebab Dah Tua Nora Danish



Selepas lama menyulam cinta bersama Nedim Nazri, pelakon Nora Danish sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan bersama jejaka berkenaan yang dikhabarkan selepas Aidilfitri nanti.

Walaubagaimanapun, Nora yang sudah 7 tahun bergelar janda tidak mengimpikan sebuah majlis yang mewah dan gah kerana usianya yang semakin meningkat. Malah, Nora hanya akan mengadakan majlis akad nikah sahaja.
Selepas raya, saya mungkin akan berkahwin, tetapi belum pasti kerana masih tidak ada tarikh muktamad. Apa yang pasti saya mahu berkahwin dalam tahun ini kerana usia pun dah 34 tahun. Saya hanya akan bernikah dan tidak akan mengadakan sebarang resepsi.
Majlis kecil-kecilan sahaja dan tidak akan ada sidang akhbar seperti selebriti lain sebab segan sudah tua dan ini perkahwinan kedua.

Alhamdullilah, akhirnya hubungan Nora dan Nedim bakal berakhir di jinjang pelamin juga. Semoga segala persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Jangan risau dengan kritikan sesetengah pihak.
Sumber Berita : Kosmo Online

Sumber: Beautifulnara
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment