JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyangkal dakwaan mengatakanproduk mee segera super pedas dari Korea, Ramyeon-Samyang adalah tidak halal seperti mana yang tersebar di media sosial sebelum ini.
Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengesahkan bahawa mee segera itu adalah halal.Status halal produk itu kembali viral di Facebook berikutan tindakan segelintir pihak yang mendakwa mee segera berkenaan adalah haram.
Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim, menurut kenyataan itu.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh Jakim beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan.
Malah, produk itu juga merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.
Tambah Jakim, KMF mendakwa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan.
Pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF.
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana tiada DNA khinzir dikesan pada produk tersebut.
Sehubungan itu pengguna dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan, tegas JKM.
Terdahulu, beberapa pihak mendakwa produk daripada Korea ini tidak halal, sekali gus menarik perhatian netizen di media sosial. -MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment