Geram Suami tidak beli baju raya.. Isteri Hentak Kepala Suami Dengan Lesung Batu!!!

(Gambar hiasan)






Assalamualaikum..


Ni bukan berita kt luar negara..

tapi berita dari Malaysia..

Ya!... ia berlaku di negara tanah tumpah kita.. MALAYSIA..


Nak marah ada.. Nak gelak pon ada..

ini la akibatnya kalau terlalu ikut hasutan syaitan..

(atau diri sendiri yg syaitan sbb bulan puasa syaitan kena tambat kan?)


Bila kita dalam keadaan marah..

semua perkara buruk kita sanggup buat..

sbb kita hilang kawalan dan x sedar apa yg kita dh/akan buat..

so.. belajar2lah bersabar..

cuma untuk kurangkan pertengkaran..

itu yg aku sendiri belajar..


Mmg lumrah rumah tangga..

mesti ada pertengkaran atau selisih faham..

cuba jgn nk menambahkan mnyk ke dalam api..

faham kan maksud aku nie?..

aku lebih suka mendiamkan diri ketika diri sedang marah..

lg byk ckp..rasanya lg teruk keadaan..

betol tak?..


“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.”

 - Surah al-Baqarah, ayat 45


Petikan berita Harian Metro online :-


KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.


[sumber : http://ift.tt/1Q3BYBn ]

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment