Baru ada mood nak bercerita. Bersempena raya ini, di ambang subuh yang hening sebelum azan, nak sangat bersahur dengan lemang yang dibeli oleh suami.
Tak perlu cakaplah bab lemang ini, memang favourite. Datang time tak berapa nak sabar, ada saja korek dari atas.
Tetapi pagi itu, masa nak makan teringat ada cerita orang mati makan lemang sebab ada ular. Jadi, selepas dengar cerita macam tu, saya pun berhati-hatilah. Mesti buka sampai habis, barulah makan.
Nak dijadikan cerita, selepas buka saja, letak kari dalam pinggan, saya perasaan ada sesuatu yang tidak kena pada daun pisang. Saya ingatkan halia ke apa. Saya cuba cungkil guna pisau.
“KATAK PISANG!!!!”
Bwerkk!! Katak yang dilumur dengan santan bagai, dah cukup masak! Bermulalah segala adegan loya sepanjang dinahari sehingga fobia ke dapur.
Akhirnya, dengan pinggan-pinggan sekali saya buang. Pagi itu hanya mampu telan milo saja. Itu pun nak muntah. Hahaha!
Saya kongsikan gambar di bawah untuk tatapan anda semua. Betapa kerkrimnya katak itu. Tahun ini memang tak adalah menu lemang. Tak rela!!
Tak perlulah saya beritahu beli lemang ini di mana. Tetapi tempat itu memang glamour (Lokasi Beserah, Pahang). Kalau sebut memang terkenallah. Pengajaran yang penting, tolong buka lemang sebelum makan dan tengok dalam buluh. – Hafezatul Akma Azmin | PIXEL MEDIA
Blogger Comment
Facebook Comment