Baru Berumur 2 Tahun, Dah Pandai Bawa Adik Lari Dari Rumah

Screen Shot 2016-06-18 at 10.40.48 AM
Imej dari shanghaiist.com
Bukan mudah nak jaga anak-anak kecil ni, lagi-lagi bila mereka sebaya. Macam-macam ragam dan kerenah yang
Baru-baru ni kecoh di media sosial apabila tiga adik beradik tanpa pakaian ditemui merayau-rayau di tepi jalan.
Menurut portal Shanghaiist, kanak-kanak yang tinggal di tingkat 6 di sebuah pangsapuri Bandar Jiande, China mengambil masa 1 jam untuk keluar dari rumah mereka.
Difahamkan, tiga beadik ini keluar ketika ibu mereka sedang nyenyak tidur dan mula menyedari kehilangan mereka selepas terjaga dari tidur jam 8 pagi.
Apa yang menarik perhatian, kakak kepada dua kembar itu yang berusaha meloloskan diri dari rumah dengan membawa bersama adik kembarnya .  Menurut seorang penjaga kedai, mereka kelihatan seperti penguin yang comel ketika merayau-rayau di tepi jalan dengan hanya memakai lampin sahaja.
Kejadian ini menarik perhatian penduduk setempat dan ada di antara mereka sanggup ingin memelihara 3 beradik ini sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, tiga beradik ini telah selamat diserahkan kepada ibu kandung mereka.
sister_with_twin_siblings_2
sister_with_twin_siblings_3
sister_with_twin_siblings_6
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment