" Apa tu dalam HIDUNG anak anda? MAKHLUK ASING ke?" DrRich DrRahim



Pagi2 tadi di klinik doc dikejut dgn kes MAKHLUK ASING. Seorg ibu bawa anaknya menyatakan:" Doc, lubang hidung kanan anak saya bau busuk!!" Doc pun ambil orthoscope periksa hidungnya. Masaallah....macam ada MAKHLUK /BENDA ASING dlm lubang hidung anak tu yg dipenuhi nanah dan darah!!...tau tak apa doc dapat??...hihihi
Benda /Makhluk Asing Pada Hidung
Benda asing yg dimasuk & tersangkut di hidung akan menyumbat saluran penafasan. Ia akan menyebabkan infeksi klu lama dibiar dlm hidung. Doc nak bagi tau ramai anak2 takut nak bagi tau kita yg mereka termasukan benda asing ke dlm hidung....krn takut dimarahi emak ayah. Bila anda menyadari hanya bila anak alami cecair busuk keluar dr hidung atau perdarahan hidung atau anak anda kesulitan bernafas dgn satu hidung je.
Untk keluarkan Benda asing ni doc kena guna alat penghisap & forsep...klu le anak tu sporting. Klu anak tu takut & tak tenang doc kena refer hospital beri anak tu gas anaestesia / bius tidur ....baru dikeluarkan benda asing tu.
Doc bisa keluarkan Kapas, potongan pensil, kertas, tissue, sponge, gauze, cibisan sabun, biji saga, kacang dari hidung mereka. 


Ada MAKHLUK pelik spt Serangga dan PACAT pi masuk di situ...pilik bukan main, dunia punya besaq...dia pi duk cari masuk dlm lubang yg kecik hidung yg menyebabkan rasa sakit & kadang perdarahan hidung. MAKHLUK ASING yg pernah doc keluarkan ialah mainan kaki anak ULTRAMAN......hihihi.

Klu anda lihat pelik anak kecil anda mengorek-ngorek atau mencoba mengambil sesuatu dr hidungnya...... cepat2 cek!! Jangan anda cuba keluarkan sendiri ...takut2 anda MASUKKAN KEDALAM lagi benda asing dlm hidung tersebut yg akan menyusah famili doc anda keluarkan nanti.
Anak-anak pula seringkali takut untuk mengakui bahwa mereka telah memasukan benda asing ke dalam hidung. Ibu bapa JANGAN MARAHI mereka tpi sefera bawa jumpa famili doc segera!
Komplikasinya doc takut infeksi dihidung oleh benda asing boleh merebak je OTAK & dpt MENINGITIS atau ENCEPHALITIS ....yg boleh bawa MAUT!!
Nasihat doc kpd ibu bapa: Klu beli mainan kpd anak2 jangan kedekut beli yg kecik2....depa buh dlm hidung nanti. Beli yg BESAR-BESAR ye...kan selamat!!...hihihi

Mai kita share pengalam & pandangan bersama...
Wassalam.
Ada soalan.. Doc jawapkan bila lapang.
Drp: Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda.
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment