Memetik Pattaya One, sebelum wanita itu memotong kemaluan suaminya  dengan pisau, dia berpura-pura memaafkan suaminya dan melakukan hubungan  s3ks bersama.
Ketika Somchai sedang berehat, wanita itu terus mencapai pisau dan  mengelar kemaluan suaminya sehingga hampir terputus. Bagaimanapun,  wanita itu menelefon ambulans selepas melihat suaminya itu mengalami  kecederaan serius.
Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah sambil  meletakkan pek ais di pangkal peha di tengah jalan. Somchai kemudiannya  dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang turut disertai isterinya.
Sementara itu, polis berkata, pihaknya akan menunggu lelaki berkenaan pulih sebelum menjalankan siasatan lanjut. – Sinar
Blogger Comment
Facebook Comment