Pada 16 Mei lalu, Syawal dan Fiqa yang merupakan juara musim pertama Pelamin Fantasia telah menimang cahaya mata pertama mereka.
Bagi menunaikan hajat isterinya yang teringin merakamkan memori indah bersama anak mereka, Syawal atau nama sebenarnya Muhammad Syawaluddin Ghazali telah mengadakan sesi fotografi sempena kelahiran anak sulung mereka, Sofia Azzahra.
Difahamkan, anak perempuan mereka dilahirkan pada jam 3.00 pagi bertempat di Hospital Azzahra, Bandar Baru Bangi.
“Sebenarnya Fiqa yang mahukan sesi bergambar itu, bila tengok dia teruja melihat foto-foto bayi ‘posing’ dengan cantik di Instagram, saya rasa nak buat kejutan tunaikan hasrat dia.
“Bila dia dapat tahu, sukalah dia, asyik tersenyum saja. Lagipun saya tak kisah, apa salahnya amik foto kenangan cantik-cantik kan? Esok-esok bila anak dah besar,boleh jugak kita tunjukkan pada dia.
“Masa sesi fotografi tersebut ada perkara lucu yang saya tak dapat lupakan, waktu tengah bergambar dan peluk Sofia tiba-tiba dia terkencing.
“Memang kelam kabut jugalah, tapi dalam masa yang sama kami ketawa sebab ia berlaku secara spontan, biasalah bayi kan, bukan dia boleh bagi amaran kalau nak terkencing,” ujarnya dipetik sebagai berkata.
Dalam pada itu Syawal juga turut berkongsi detik-detik manis semasa menyambut kelahiran anak perempuannya pada 16 Mei lalu.
“Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu Sofia dilahirkan. Selama ini saya asyik sambut kelahiran lembu dan kambing tapi bila tiba dekat anak sendiri rasa gementar pulak.
“Saya masuk bilik bersalin dan teman Fiqa sehinggalah bayi dilahirkan dan cakap pada doktor biar saya sendiri yang pegang ‘baby’ tu dan beri pada ibunya.
“Alhamdulillah ibu dan ‘baby’ sihat sehinggalah ke hari ini,” jelasnya.
Mengulas mengenai persiapan Raya, Syawal memberitahu mereka sekeluarga teruja untuk beraya bersama ‘orang baru’ dalam hidup mereka.
“Raya tahun ini persiapan kami sederhana saja cuma yang buatkan kami teruja ialah dapat beraya dengan Sofia.
Sumber: Astro Gempak
Foto: Camora Arts Photography
Sumber: myartis
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Blogger Comment
Facebook Comment