Nak bercerita tentang rumah tangga pelawak dan penyanyi ini. Saya tak tahu semangat saya nak menulis dari sisi saya, tentang apa yang saya ikuti selama hubungan mereka ini.
Saya tak nak cerita tentang hal-hal buruk mereka, atau khilaf mereka, atau dosa Sarah tak bertudung yang ditanggung suaminya, bukan saya.
Tengok pada puberty mereka ini sangat mengagumkan. Mereka berdua artis, tetapi mereka berkahwin dengan satu ikatan. Buat majlis nikah sahaja. Tapi siapa Shuib pada ketika itu? Pelawak biasa. Tengok rupa Shuib dulu, macam budak kampung yang tak ada apa-apa.
Dan sewaktu itu, Sarah bertunang dengan Mat Salleh. Tetapi tak jadi kahwin dan Sarah menerima Shuib dengan hati yang terbuka. Yang paling best, tiada langsung majlis perkahwinan yang gah.
Dan hati wanita Sarah ketika itu menerima sahaja apa kurang dan lebih Shuib. Dan waktu itu kita tidak lihat Shuib punya masa depan yang cerah. Masih merangkak seperti pelawak-pelawak biasa yang sumbat apa jenis job atau pertandingan. Dengan muka yang tiada raut wajah tampan, selalu dijadikan bahan muka berlubang atau muka getah skrap.
Begitu juga dengan Shuib, menerima Sarah dalam keadaan Sarah sudah dibuang orang. Rupa pun ala-ala sahaja. Kalau tengok hidung dia, selalu menjadi bahan kelakar dan ejekan.
Tetapi mereka berdua berkahwin dengan menerima kelemahan masing-masing. Kita boleh cakap Shuib tangkap muat dan ambil mana-mana saja wanita asalkan artis. Dengan keadaan Shuib yang ketika itu, artis cantik mana yang dia boleh kejar? Tak seperti Mamat. Shuib kenal diri dia siapa di belakang hari.
Saya melihat Shuib itu seperti lelaki biasa. Yang mungkin akan menjadikan isteri dia habis madu sepah dibuang. Kalau dia kaya atau lebih tampan selepas itu, mungkin dia akan meninggalkan isteri dia atau berlaku curang.
Tapi nahh! Sekarang kita lihat hati Shuib sebagai seorang lelaki, yang memberi inspirasi kepada saya dan lelaki yang melihat Shuib sebagai idola. Yang peruntukkan isterinya. Memperoleh ruang waktu dalam rumah tangga untuk mengubah nasib dia, isteri, anak-anak dan masa depan rumah tangga dia.
Lihat bagaimana dan bertahun-tahun kahwin, Shuib berusaha untuk buat majlis kahwin walaupun anak sudah berderet untuk meraihkan isterinya.
Dari dia tiada apa-apa dan dia melihat isteri dia bersabar dan memahami kekurangannya, dan bila dia berjaya, dia menghargai isteri dia sebaik-baiknya.
"Lelaki diuji ketika dia senang. Wanita diuji ketika lelaki itu susah"
Dan mereka lalui ujian itu bersama. Dan hari ini mereka terus menjadi inspirasi kepada semua orang.
Shuib yang sentiasa bergaya sebab ada isteri yang hebat di belakangnya. Begitu juga dengan Sarah, dulu perut buncit hidung kembang. Tengoklah bagaimana Shuib menjaga isteri dia.
Hidup saling melengkapi. Tak sah kalau Sarah sekarang tak cantik, sentiasa cantik. Shuib yang sentiasa tersenyum bahagia.
Yes, Shuib dapat buktikan susah dia dulu. Ada wanita yang menerima dia seadanya, buatkan dia mahu membuktikan sesuatu yang dia bukan Shuib yang dulu.
Pada Sarah yang dulu cari suami yang high taste seperti Mat Salleh, tetapi tidak bahagia. Tetapi memilih Shuib yang pure dari kampung. Mereka bahagia bersama.
Saya tulis sambil rasa sebak sebab mereka dan ramai lagi contoh-contoh orang-orang yang hebat bawa rumah tangga yang memberi inspirasi kepada saya.
Nak mencari wanita yang hebat seperti Sarah, itu paling susah. Dan nak mencari lelaki yang berjaya tak lupa anak isteri, itu pun payah.
Semuanya terletak pada kisah silam yang bawa mereka untuk buktikan kepada semua yang mereka dapat buat sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Justeru dapat memberi inspirasi kepada orang lain yang kagum dengan usaha mereka itu.
Terima kasih Sarah dan Shuib, kalian memang terbaik. Dapat kiranya kita semua mendoakan mereka mendapat peluang yang lagi satu untuk melengkapkan perkahwinan yang mawardah bahagia hendaknya.
Kita jadi lelaki jangan rasa kita dah dapat isteri terima susah kita dan kita hukum dia untuk terimas sahaja. Mereka nak melihat kemajuan kita, daya pimpinan kita nak bawa rumah tangga itu jadi lebih baik.
Dia terima kau dari kau moto Demak. Kemudian takkan berbelas tahun kahwin kau nak isteri kau terima benda itu? Mereka terima sebab mereka percaya kau lelaki yang boleh bawa kemajuan selepas itu.
Kalau kau mungkin dapat cari duit sikit untuk hantaran dan urus kahwin, mereka secara automatik akan fikir kau akan dapat effort untuk cari nafkah untuk memajukan rumah tangga.
Dari rumah kosong, sampailah ada isi sikit-sikit. Kau tak boleh sangka yang rezeki datang selepas nikah. Bawa Melayu pusaka yang didendang. Rezeki itu takkan datang bergolek. Rezeki itu diraih. Jadi kalau kau dah ada anak, tetapi masih cakap rezeki kau setakat itu tanpa usaha. Buat radikal perubahan, takuk kau di situ. Isteri selagi boleh bersabar, mereka akan bersabar.
Bagaimana rumah tangga itu boleh jadi kucar-kacir? Isteri ingkar atau pendam rasa? Ambil contoh bila mesin basuh di rumah rosak, kau nak tolong basuh pun jangan haraplah. Apa lagi pakai tangan dan waktu itu kau tengah melepak di rumah dan ada orang seperti kau sedang mencari duit lebih seperti buat Uber dan segalanya.
Dan kau biarkan isteri kau peram dan pendam perasaan sakit itu. Mengeluh dengan kemiskinan. Balik raya tengok saudara mara pakai gelang emas sampai ke lengan dan kau cuma mampu cakap dengan isteri kau, "kita susah buat cara susah".
Memang rezeki Allah itu luas. Dah tetap rezeki kau tahap mana. Tetapi kalau isteri kau tengok kau kerja keras, hasil setakat itu sahaja. Isteri kau faham, mungkin isteri kau bantu kerja cari duit sama-sama. Tetapi bila dah senang sikit, kau pergi buat kerja yang tidak berfaedah. Pasang isteri nombor dualah, main judilah, lepak di kedai mamak berjam-jam lamanya tanpa halatuju. Tak pun masih tak boleh move on dengan perangai bujang sampai bawa ke kahwin.
Isteri kerja, kau bantai suruh isteri bayar semua. Kemudian kau cakap kau mampu nak kahwin satu lagi. Lagi haprak cari perempuan luar denga nalasan isteri dah tak cantik, dah tak bergetah seperti dulu.
Kemudian kau beli cermin dan tengok diri kau. Handsome? Yer, isteri yang kau kata hodoh dan busuk itu yang menguruskan kau. Tak malu ke?
Tolong sedar semua. Tengok perkahwinan Shuib dan Sarah ini sebagai pengajaran. Baru orang respect, baru orang nilai tinggi diri kau itu. Sampai bila nak pusing-pusing salahkan pasangan itu penuh dengan kekurangan. Yang engkau itu semua bagus dengan alasan haprak.
Kau bina jalan cerita rumah tangga kau dengan cara begini, orang akan respect. Tapi kalau kau jadi seperti geng satu lagi, Geng Makan Luar, selamanya orang sumpah seranah kau lelaki tak guna. Even kau dapat isteri baru yang cantik dan hebat, tetapi kau tetap dilabel jantan tak guna seperti bekas suami kak pom pom itu.
Sumber: Putera Nur Muhammad Raihan
Blogger Comment
Facebook Comment