Zoo hidang keldai hidup kepada harimau untuk tatapan pengunjung


JIANGSU, CHINA - Sekumpulan harimau di sebuah zoo di negara itu diberi hidangan istimewa petang semalam iaitu seekor keldai hidup. 

Rakaman video kejadian itu yang viral di media sosial menunjukkan beberapa kakitangan zoo di Yancheng Wild Animal World di Changzhou, memaksa seekor keldai terjun dari belakang lori masuk ke kolam dalam kandang harimau sambil disaksikan oleh pengunjung zoo. 

Sebaik saja haiwan itu terjatuh dalam kolam, beberapa ekor harimau terus datang menghampiri dan mula membaham keldai itu. 

Bagaimanapun, haiwan pemangsa tersebut mengambil masa selama 30 minit untuk menumbangkan kedal itu di kolam. 

Entah bagaimana insiden ini boleh berlaku. Namun menurut seorang kakitangan zoo berkata, ia melibatkan pencanggahan dalaman di antara pemegang saham di mana salah seorang darinya mengarahkan kakitangan zoo mencampak seekor keldai ke dalam kandang harimau tanpa kebenaran
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment