Tak ada duit tak payah buat rambut, setakat RM200 lebih pun nak tipu?


KUALA LUMPUR - Kata orang kalau tak ada duit, buatlah cara tak ada duit. Tetapi tidak bagi dua wanita ini yang sanggup memperdaya sebuah salun di Kuala Lumpur semata-mata mahu mendapatkan perkhidmatan rawatan dan gunting rambut secara 'percuma'. 

Dalam kejadian 2 Jun lalu, kedua-dua suspek terbabit terus melarikan diri menyebabkan pemilik salun mengalami kerugian RM200 lebih. Malah suspek turut meninggalkan beg tiruan jenama LV pasar malam yang digunakan sebagai alat untuk mengaburi kakitangan salun. 

"Semalam, seorang perempuan Melayu dan rakannya berbangsa India datang ke saloon saya untuk buat rambut. Rakannya buat treatment, manakala dia buat colour, cut dan treatment. 

"Setelah selesai, perempuan India itu kata rakannya akan bayar sebelum dia keluar dari saloon.




"Apabila sudah selesai kesemuanya, perempuan Melayu ini pula kata dia sedang menunggu teman lelakinya datang untuk bayar. Lebih kurang 10 minit menunggu, dia memaklumkan yang teman lelakinya ada di luar kedai. Dia meminta untuk keluar sebentar untuk mengambil wang dan meninggalkan beg tangannya di saloon.


"Bila saya tengok keluar, rupa-rupanya dia sudah naik sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih dan terus melarikan diri. Saya periksa beg tangan yang ditinggalkan, rupa-rupanya kosong. Kalau tak ada duit, tak payah buat rambut. Setakat RM200 lebih pun nak tipu. Buat malu saja," katanya. 

Meskipun mereka berjaya melarikan diri, namun gambar 'wefie' yang diambil bersama seorang wanita yang dipercayai kakitangan salun berkenaan, menjadi bahan bukti dan kini gambar itu tersebar di media sosial. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment