Wanita dirogol perompak ketika suaminya tidur di ruang tamu


KLANG, SELANGOR - Seorang wanita berusia 34 tahun dirogol perompak ketika suaminya sedang tidur di ruang tamu, lapor Berita Harian

Dalam kejadian jam 4 pagi di rumah di Kampung Rantau Panjang, mangsa yang tidur di biliknya dikejutkan dengan kehadiran tiga penjenayah itu. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, salah seorang suspek dipercayai warga Indonesia meminta mangsa mendiamkan diri sebelum mangsa dirogol, manakala dua lagi suspek berada di luar bilik. 

"Mangsa yang diacu dengan pisau, diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu akan dibunuh," katanya memetik laporan dari Berita Harian

Selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri dan mangsa segera mengejutkan suaminya dan memaklumkan mengenai kejadian itu. 

Suami mangsa dan jiran cuba mengejar suspek tetapi gagal.

Pemeriksaan di sekitar kawasan rumah menemui kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah. Beg duit mangsa yang berisi wang tunai berjumlah RM300 dan kad pengenalannya juga dilarikan. 

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan dan disahkan trauma. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment