Pemandu Uber dan suami wanita Vietnam direman 4 hari


PULAU PINANG - Pemandu Uber dan suami kepada wanita Vietnam yang mendakwa dicabul lelaki itu ditahan polis bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu Uber berusia 29 tahun terbabit mencabul penumpangnya, warga Vietnam, Selasa lalu. 

Menurutnya, suspek kemudian menghubungi mangsa pada malam kejadian membuatkan wanita itu bimbang lalu menceritakan kejadian itu kepada suaminya. 

"Suaminya kemudian meminta mangsa menghubungi pemandu Uber terbabit, kononnya mahu menggunakan khidmat Uber. Namun sebaik saja tiba, lelaki itu dipukul suami mangsa dan beberapa rakannya yang lain," katanya. 

Suami wanita Vietnam itu ditahan kerana merusuh dan kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini.

Polis kini sedang mengesan beberapa lagi rakan kepada suami wanita terbabit untuk membantu siasatan kerana memukul pemandu Uber terbabit. 

Laporan berkaitan:
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment