Petua Hilangkan Panas Badan Dengan Barli Dan Cincau

Image result for Petua Hilangkan Panas Badan Dengan Barli Dan Cincau

Sekarang ni cuaca amat panas di bumi Malaysia. Selain daripada keadaan muka bumi yang dah banyak gondol (kurangnya pokok-pokok dan hutan), ia juga adalah disebabkan fenomena Equinox. Equinox adalah salah satu fenomena astronomi ketika matahari melintasi garis khatulistiwa. Equinox bukan merupakan fenomena seperti Heat Wave yang terjadi di Afrika dan Timur Tengah yang dapat mengakibatkan peningkatan suhu udara secara besar dan berlarutan lamanya. Sebaliknya memang ada peningkatan suhu udara ketika terjadi fenomena Equinox, namun tak akan sampai mencapai 40 darjah celcius seperti yang dihebohkan.

Untuk sejukkan badan, amalkan minum air barli fresh iaitu dengan cara merebusnya.

Air Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w pernah memberikan sup (air) barli kepada orang yang mengidap demam. Minum air barli di waktu cuaca yang panas dan tak menentu sekarang memang sangat sesuai. Tambahan pula jika tekak terasa kering dan perit akibat kekurangan cecair dalam badan. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Kalau nak minum barli semata-mata macam tak tertelan kut...hihi, apa kata anda campurkan dengan cincau dan gula batu sedikit. Barulah kaw rasanya dan sekaligus boleh merawat panas badan. 

Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser. Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman. 

Semoga petua hilangkan panas badan dengan cincau dan barli yang dikongsikan di atas dapat memberi manfaat yang luas kepada pembaca blog ini terutamanya ketika menghadapi cuaca yang agak panas sekarang ini.

Sumber : mr-tazkirah.blogspot



via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment