Walaupun Kekurangan Duit, Suami Isteri Nekad Keluar Dari Rumah Mertua Kerana Masalah2 Timbul Yang… !!!| Ada satu lagi kisah yang aku dah lama rasa nak cerita, tapi tak tulis-tulis lagi sampai sekarang. Kisahnya berkenaan sebab apa aku pilih untuk ‘KELUAR RUMAH’ selepas dapat pekerjaan walaupun masa itu dalam akaun bank memang tengah TAK ADA DUIT.
Dalam tempoh hampir 1 tahun aku berkahwin, aku menumpang kasih, hidup di rumah mertua. Hari-hari berulang alik dari UIA ke rumah mertua sebab masa itu masih belum habis belajar lagi. Masa zaman belajar, kita ini kononnya nak fokus sungguh-sungguh habiskan belajar. Usaha nak cari duit untuk diri sendiri dan isteri itu memang sedikit. Sebab tak pandai. Kahwin nak, tapi cari duit tak pandai. Huhuhu. Biasalah, anak muda.
Dalam tempoh setahun itu, aku menetap di rumah mertua. Masa itu juga, ada ramai adik-beradik isteri di rumah. Ramai yang perempuan. Rasa kekok juga tinggal di rumah mertua masa itu, sebab pertama kali kita berada dalam keadaan macam itu. PENTING! Apabila baca sharing ini, anda kena faham satu benda. Benda ini semua berlaku sebab aku yang pemalas masa itu. Tak usaha untuk cari rumah sendiri. Keluarga belah mertua tak bersalah pun.
1. Perasaan Serba Salah
Antara perasaan yang paling TAK BEST apabila kita berada dalam keadaan itu adalah kita rasa sangat serba salah nak keluar daripada bilik. Sebab takut ipar duai kita ada yang tak pakai tudung. Yalah, sebab itu kan memang rumah mereka. Bukan rumah aku.

Apabila balik dari UIA, dari masjid atau mana-mana pun rasa agak kekok juga bila nak masuk rumah atau masuk bilik sebab nak kena pastikan line clear supaya aku boleh masuk dengan tenang. Isu aurat ini isu sensitif, bukan isu main-main. Mungkin ada sebahagian keluarga lain yang dah biasa dedahkan aurat (rambut, lengan, pakai seluar pendek dan sebagainya) kepada ipar duai.
Pada masa sama, kita kena faham. Ada orang yang jenis tak kisah dedah aurat ni, tapi ipar dia tak selesa kalau dia tak tutup aurat di rumah. Sebab haram untuk dia nak tengok bahagian-bahagian tersebut. Tapi perkara ni tak berlaku dalam keluarga belah mertua, alhamdulillah semua ada sensitiviti bab aurat ni. RESPEK!
Jadi anda boleh bayang betapa lecehnya bila nak keluar masuk bilik, keluar masuk rumah dalam keadaan macam tu. Sangat susah dan pergerakan kita sangat terbatas. Bayangkan bila aku nak masuk rumah saja, isteri atau penghuni rumah terpaksa jerit “FADHIL NAK MASUK!!”. Selepas itu semua bertempiaran cari tudung. Kita ini kalau nak pakai pakaian selekeh sikit pun susah. Huhu.
2. Bukan Ketua Keluarga
Bagi suami yang tinggal di rumah mertua, perasaan kedua yang paling kita rasa TAK BEST adalah kita BUKAN KETUA KELUARGA. Kita tak ada kuasa nak kawal rumahtangga kita sendiri sepenuhnya apabila kita duduk di rumah mertua. Nak tahu sebab apa?

Sebab dalam dunia ini mana ada 2 orang raja memerintah sebuah negara. Raja mesti kena ada seorang sahaja. Begitu juga apabila kita tinggal di rumah mertua. Kita tak boleh buat keputusan yang muktamad. Kita kurang kebebasan untuk buat keputusan sendiri.
Duduk dalam rumah pun rasa macam takut-takut. Nak makan pun, kena tunggu orang tua makan dulu walaupun masa itu dah lapar sebab baru balik dari UIA atau lepas buat kerja. Kita ini pula terpaksa terima arahan dengan rela hati. Benda ini OK kalau berlaku sehari dua saja kita menumpang di rumah orang tua. Normallah sebab kita memang sepatutnya kena tolong orang tua kan.
Kita duduk rumah mertua, rasa rumah itu bukan tempat kita. Sebab memang bukan rumah kita pun. Kita ini menumpang saja. Tapi kalau dah setahun macam itu, sangat-sangat menganggu emosi dan rasa tak selesa. Rasa bergolak dan ada konflik dalam diri. Suami ini secara fitrahnya ego dia tinggi. Apabila dalam keadaan macam itu, kita seolah-olah berlawan dengan diri sendiri.
3. Rasa Susah Nak Berkembang
Rasa susah nak berkembang sebab kita hidup atas ihsan orang lain. Tempat tinggal pun orang lain nak kena bayarkan. Bil api dan air pun orang lain bayarkan. Makan minum pun sama. Silap-silap, pampers dan susu anak pun mertua belikan kalau duduk di rumah mereka lama sangat.

Kita rasa seolah-olah kita ini orang yang tak bertanggungjawab. Rasa diri macam pemalas dan tak boleh buat apa-apa mengenai perkara tersebut. Nak buat kerja pun jadi malas. Tak ada pushing factor yang memaksa kita untuk kerja keras. Sebab kalau kita buat duit atau tak buat duit sekalipun, tempat tinggal masih lagi secured.
4. Mudah Berlaku Salah Faham
Salah faham mudah berlaku. Bayangkan keadaan di bawah ini. Apabila kita nak tidur siang pun kita rasa bersalah, takut mertua rasa kita pemalas. Apabila kita duduk dalam bilik waktu siang pun kita takut orang tua fikir kita ini tak buat apa-apa.

Apabila ada di luar bilik pula, rasa tak selesa sebab takut ipar duai tak tutup aurat dengan sempurna. Bagi orang perempuan yang duduk di rumah mertua pun mesti rasa macam itu. Ada masa kalau tak masak, kita takut mertua rasa kita ni pemalas. Padahal bukan macam itu. Kita tak masak kadang-kadang sebab penat sangat ada urusan lain yang dah dibuat sebelum itu.
5. Hutang Budi
Rasa terhutang budi dengan keluarga. Banyak keadaan, orang tua bukan nak berkira sangat pun kalau kita duduk rumah mereka. Tapi biasanya kita sendiri yang akan rasa macam kurang selesa. Rasa terhutang budi sangat sampai kita tak boleh nak buat apa-apa. Ada ‘bahayanya’ kalau kita terlalu berhutang budi dengan orang. Sebab apa yang orang tu cakap, kita rasa kita terpaksa buat.

Ada masa, kita tak boleh nak cakap “TIDAK” walaupun kita tak nak benda itu berlaku. Contohnya, guna nama kita/pasangan untuk beli kereta secara ansuran. Atau jadi penjamin untuk pembelian kereta. Kalau boleh, kita tak nak ambil risiko itu. Tapi disebabkan terhutang budi, susah nak cakap TIDAK dalam keadaan macam itu. Ini contoh saja. Mungkin ada kes yang lebih teruk di luar sana.
Kesimpulan
Jadi, ini adalah 5 perkara yang buat aku rasa “AKU WAJIB PINDAH SEGERA” walaupun aku baru dapat kerja dan tak ada duit lagi. Aku terpaksa BERHUTANG! Walaupun masa itu pernah dikecam orang kata, “Itulah, tak penyabar nak pindah cepat-cepat. Dah nak kena pindah lagi”. Tapi aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang aku ambil, sumpah. Itu adalah keputusan yang paling bijak pernah aku ambil dalam hidup.

Keputusan ini juga yang terus bagi aku motivasi dan push aku untuk terus berusaha keras untuk cari kesenangan dunia dan cari ganjaran akhirat. Tapi pada masa sama, aku sangat bersyukur atas peluang dan ihsan mertua kerana sudi bagi aku menumpang sepanjang setahun tersebut. Moga Allah ganjari mereka dengan balasan yang jauh lebih baik di dunia dan akhirat.
Tanya pada kawan-kawan yang dah kawin tapi duduk di rumah mertua, ada rasa macam ini tak? Aku yakin paling tidak mesti salah satu ‘kena’ dengan kehidupan mereka. Walaupun sekarang anda mungkin sekarang terpaksa duduk rumah mertua. Tolong elak daripada PJJ (perkahwinan jarak jauh/suami isteri duduk asing) semampu mungkin kecuali kalau dah terpaksa.
Penting suami isteri tinggal bersama tau walaupun sementara ini terpaksa menumpang. Kalau anda kahwin masa belajar di universiti sekalipun, usaha cari rumah sewa atau bilik sewa murah kalau ada. Duit itu insyaAllah akan datang sendiri nanti. Nak tak nak, anda terpaksa cari jalan untuk bayar sewa rumah itu juga nanti. Huhu. Siapa suruh nak kawin masa belajar. Padan muka!
Sebab awal-awal perkahwinan inilah tempoh untuk anda nak mula berkenalan antara satu sama lain. Banyak kes aku dengar apabila suami tinggal berasingan dengan isteri untuk tempoh yang panjang, banyak perkara yang tak diingini boleh berlaku. Sebab apabila dari awal duduk asing, emosi dan attachment antara suami dan isteri itu boleh jadi semakin renggang. Suami tak faham isteri. Isteri tak faham suami.
Sebab apa? Sebab tak duduk samalah. Jadi anda sendiri faham-fahamlah apa yang boleh berlaku selepas itu. Usaha cari rumah sendiri sahabat-sahabat semua. Allah bagi jalan keluar apabila anda kuat berusaha cari rumah sendiri, tambah pendapatan dan banyakkan berdoa. Jaga solat, jangan tinggal solat, hidup anda pasti akan jadi lebih baik selepas ini.
Hidup anda akan berubah apabila tinggal di rumah sendiri. Jangan demand sangat, gaji kecil nak tinggal di rumah kondominium mewah. Cari rumah yang mampu sewa. Di Kuala Lumpur ini ada lagi rumah pada kos RM500-RM600 sebulan. Kalau usaha cari sungguh-sungguh dengan pelbagai cara, insyaAllah jumpa nanti. Kalau nak, mesti ada jalannya. Malas usaha dan bertindak memang tak akan dapat apa-apa, habuk pun tadak!
Blogger Comment
Facebook Comment