'Terima kasih McD bagi peluang adik saya kerja'


CHERAS, SELANGOR - "Walaupun adik saya ini sindrom down, serba kekurangan, sekurang-kurangnya McD beri peluang untuk anak-anak syurga seperti Azib urus diri." demikian tulis Mior Azlan Junior yang tidak putus-putus berterima kasih kepada Mcd yang memberi peluang untuk adiknya, Mior Azib Mior Kamarulbaid, 23 tahun. 

Video viral Azlan & beberapa ahli keluarga yang menghantar adiknya ke premis McDonald's Bandar Tun Hussein Onn, viral di media sosial. Azib yang berkemeja putih, dipakaikan apron dan topi sebelum diajar bagaimana melakukan tugasannya. 


Bagi Azlan, soal gaji tidak begitu penting asalkan adiknya itu diberi peluang untuk menguruskan diri. 

"Saya tidak kisah tentang gaji, yang penting Azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang lain. Terima kasih McD, semoga Allah beri ganjaran atas niat murni bantu anak-anak syurga," tulisnya. 

Justeru, Azlan amat berharap syarikat-syarikat yang lain dapat memberi peluang kepada anak-anak syurga seperti Azib kerana golongan sepertinya tidak sepatutnya disisihkan dari masyarakat. 

"Saya harap syarikat-syarikat di luar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada anak-anak syurga ini. Bagilah peluang walaupun sekali. Mereka bukan orang biasa tetapi mereka ini luar biasa. Nikat yang Allah beri pada mereka, kita boleh kongsi untuk saham akhirat," tulisnya lagi. 

Manager McD & Azlan siap bantu Azib pakai apron
Reaksi netizen? Ramai yang bangga dan teruja dengan melihat seorang abang sanggup menemani hari pertama adiknya yang menghidap sindrom down bekerja. Malah, tidak kurang juga yang memuji Azib ada inisiatif untuk berdikari berbanding sesetengah individu di luar sana yang mengharapkan wang jatuh dari langit. 

Alangkah bertuahnya Azib mempunyai abang dan keluarga yang amat prihatin sebegini. Semoga urusannya dipermudahkan. - The Reporter

p/s: dah habis makan, tolong buang sampah sendiri. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment