Mufti Tegur Bakal Ibu Bapa Ambil Mudah, Hukum Berkongsi Foto Ultrasound Bayi di Dalam Rahim !!

Kehamilan merupakan detik paling gembira buat pasangan suami isteri. Dengan teknologi terkini bakal ibu bapa dapat melihat kesahihan kehamilan melalui scan ultrasound yang boleh dilakukan di banyak klinik swasta sekarang. 
Fungsi scan ultrasound semasa kehamilan peringkat awal ialah untuk memastikan kehamilan di dalam rahim dan bukan berlaku di luar rahim. Jika berlaku di luar rahim, ianya tidak selamat untuk bakal ibu dan juga bayi. 

Apabila janin semakin membesar, ultrasound di lakukan untuk memastikan keadaan fizikal dan organ dalaman anak sempurna sifatnya. Ini merupakan persediaan penting buat ibu bapa bagi memastikan bayi boleh dilahirkan secara normal atau pembedahan. 

Namun, ramai ibu bapa terlalu teruja dan terus berkongsi foto ultrasound secara terbuka di media sosial tanpa mengambil kira hukumnya. Jadi disini kami kongsikan jawapan bagi persoalan apakah hukumnya berkongsi foto ultrasound yang menunjukkan kedudukan janin di dalam rahim ibu.


ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT?
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 417 (27 OKTOBER 2016 M / 26 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit,inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat.

Jazakumullah Dr.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ 

Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. 

Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment