Dari Kisah Rumah Tangga
Saya saja nak kongsi cerita tentang mak mertua ini. Sebelum ini saya berstatus janda anak dua. Dulu saya bercerai dan kebanyakan puncanya dari mertua. Bekas suami saya anak bongsu, dari cerita zaman dia bujang memang cukup perhatian dari mak dia. Apa yang dia nak, kalau bapak dia tak bagi, mak dia akan usahakan kemahuan dia.
Bermulanya cerita apabila kami baru berkahwin. Mak dia jatuh sakit yang tak boleh nak buat apa-apa. Suami saya minta saya berhenti kerja dan jaga mak dia. Mula-mula saya tak nak sebab saya ada komitmen dengan hutang bank. Disebabkan menanti lain tak nak mengalah, akhirnya saya yang mengalah juga sebab baru jadi menantu keluarga itu.
Saya jaga sampai mak mertua saya dapat bangun seperti sebelum ini. Dipendekkan cerita, bila dia dah sihat, dia seolah-olah melupakan jasa saya. Dia banyak melebihkan menantu yang seorang lagi sebeb menantu itu selalu belikan dia handbag, ajak berjalan, pergi karaoke.
Saya memang tidak pernah belikan apa-apa sebab saya tak kerja dan suami tanggung komitmen saya. Banyak lagi benda yang mak mertua buat puada saya tetapi tak pernah masak muka dan luah pada sesiapa pun kerana tak ada kawan terdekat. Zaman itu masih belum wujud aplikasi WhatsApp. Jadi kredit agak terhad untuk menghubungi kawan-kawan.
Satu hari itu saya pergi ke kampung mertua. Masa saya lalu di depan biliknya, terdengar perbualannya dengan anaknya yang entah mana satu. Tetapi ayat yang saya dapat dengar dengan jelas,
"Ada tu ha, tengah tengok tv. Bla.. bla.. bla.. Dah tahu hutang banyak, tak nak kerja. Malaslah mak belikan apa-apa. Nanti makin minta-minta pula."
Dari situlah sifat dendam saya membuak-buak. Daripada saya tak pernah fikir apa-apa tentang mak mertua selama ini, even saya terasa. Sejak dengar perbualannya itu, saya terus rasa benci sangat-sangat.
Saya nak sambung kerja selepas mertua sihat. Tetapi suami tak bagi dan suruh jaga anak sahaja. Sejak kejadian itulah saya dan suami kerap bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Makin lama, mungkin suami sudah tidak tahan dengan sikap saya, dia terlepas cakap macam-macam. Yang dia terlepas cakap itu semua hasutan dari mak dia.
Dengar rasa terlalu marah macam dirasuk syaitan, saya bertekak sehabis-habisnya dengan suami sampai dia tumbuk muka saya dan lafazkan talak ketika saya mengandung anak kedua di usia 3 bulan.
Saya hidup menjanda selama tiga tahun. Keinginan nak ada suami itu ada tetapi saya tak nak yang ada mak. Rata-rata lelaki yang saya kenal semuanya masih ada mak lagi. Rasa fobia yang masih menebal, saya sanggup putuskan hubung walaupun saya dah suka sangat dengan lelaki itu. Tak putus-putus saya berdoa agar mendapat jodoh yang saya inginkan. Maka saya kenal suami baru saya ini dan saya tahu dia masih ada mak lagi. Tapi tak tahulah kenapa instinct saya kuat nak kenal dengan suami sekarang.
Dipendekkan cerita, kami berkahwin dan suami jarakkan saya dengan mak dia sebab tak nak bagi rasa fobia saya muncul semula. Hampir setahun suami tak bawa balik rumah mertua dan mertua pun tak datang ke rumah kami. Cuma berhubung melalui telefon sahaja. Akhirnya saya sendiri ajak mertua datang ke rumah kami yang kebetulan dia ada di rumah anak lain tak jauh dari rumah kami.
Seminggu sahaja mertua berada di rumah kami, mungkin tak selesa dengan layanan saya agaknya. Yelah, saya layan pun ala kadar sebab saya takut nak berbaik-baik dengan mak mertua ini. Malam terakhir dia duduk di rumah, suami tak ada di rumah. Jadi tinggal kami berdua. Mak mertua mulakan cerita kisah-kisah lama dia sampailah dia dibenci dengan mak mertua. Cerita dia lebih kurang sama dengan saya, bezanya dia tak bercerai.
Jadi, jari situlah saya mula selesa dengan dia dan bercerita tentang hal saya dulu. Rupanya mak mertua saya dah tahu sikit-sikit cerita saya, sebab itu dia tak terasa apa yang saya buat pada dia. Dia bagi saya ruang untuk hilangkan rasa fobia itu. Allah.
Malam itu kami sama-sama berlinangan air mata mengenangkan kisah lama dan dosa saya pada dia. Dia cuma pesan pada saya,
"Bila tua nanti dan ada menantu, jangan buat menantu terasa hati. Sebab nanti kita pun akan terasa hati dengan sikap menantu. Jangankan kata menantu, anak kita sendiri pun ada buat kita terasa, kan? Lagi pula anak sendiri ada meninggi suara dengan kita kadang-kadang sebab memberontak.
"Kalau dah mula terasa hati dengan menantu, cepat-cepat jauhkan jarak supaya yang busuk itu tak menjadi lebih busuk. Mak cukup takut nak buat menantu terasa sebab mak dah lalui," katanya.
Sejak dari itulah saya dengan mak mertua cukup rapat. Alhamdulillah atas ujian yang Allah bagi.
Blogger Comment
Facebook Comment