PUTRAJAYA - Jabatan Akauntan Negara (JANM) semalam memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM.
Dalam makluman yang disiarkan di laman JANM itu menyatakan, pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk menguruskan sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji.
"Arahan ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah diadakan pada 5 April 2017."
Sebagai contoh, sekiranya potongan gaji melebihi 65%, dalam penyata gaji hanya akan dipotong 60% sahaja, manakala baki 5% perlu dibayar kepada pihak bank dan diuruskan sendiri oleh individu berkenaan. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment