MERLIMAU, MELAKA - "Bagus sangat perempuan menyewa rumah macam ini," demikian tulis Jack Izumi Gfg yang kecewa dengan sikap penyewa rumahnya.
Menurut Jack, selama ini beliau tidak mahu sewakan rumahnya itu kepada golongan lelaki kerana bimbang rumahnya rosak, lalu disewakan kepada enam penyewa perempuan yang merupakan pelajar di Politeknik Merlimau.
"Selama ini fikir tak nak sewakan rumah pada lelaki sebab takut rumah rosak. Sekarang ini pun perangai macam haram," katanya.
Menurut Jack, sewa rumahnya sudah empat bulan tidak dibayar dan penyewanya telah melarikan diri.
"Dah empat bulan sewa tertunggak. Katanya dah transfer secara online. Dua minggu tunggu, duit tak masuk-masuk. Dia ingat kita baru main internet agaknya.
"Bila datang rumah sewa nak minta duit sewa, rumah sunyi sepi tak ada orang. Rupa-rupanya dah lari," katanya.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dapur ditinggalkan dalam keadaan kotor, bersepah, dengan kualinya masih mempunyai sisa makanan. Sinki pula bertakung dan tersumbat selain dinding turut diconteng dengan tulisan lucah.
Menurut Jack, dia mengalami kerugian hampir RM2,000 akibat perbuatan khianat enam penyewanya itu.
Difahamkan, beliau sedang cuba menghubungi salah seorang penyewanya, namun perempuan berkenaan cuba lepas tangan. Jack tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika penyewanya enggan melunaskan kerugian hampir RM2,000 itu.
Jack juga memberi tempoh kepada enam individu berkenaan untuk membuat bayaran sewa itu selama tiga hari atau maklumat mengenai diri mereka didedahkan di media sosial. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment