Oleh Iman Plymouth
Sudah lama saya nak berkongsi perkara ini, dari tahun lepas lagi. Dari masa Syed Azmi dan Wardina giat highlight isu ini. Saya bertangguh atas sebab banyak perkara. Salah satunya saya sendiri mengambil masa untuk digest isu ini, memandangkan anak saya sendiri hampir menjadi mangsa serangan seksual.
Maaf, kisah anak saya tidak dapat diceritakan atas sebab-sebab tertentu.
Lama saya pendam. Jujur saya agak tertekan juga bila terkena pada batang hidung sendiri. Kalau tak kena, mungkin saya malas nak ambil port juga. Ditakdirkan hari ini Allah membuka hati saya untuk join parenting talk bertajuk 'Perangkap Pornografi: adakah anak-anak kita terselamat?" di bawah program Mothers Against Pornography anjuran IKRAM.
Saya minta maaf awal-awal, saya tak reti tulis pendek-pendek. Harap dapat bersabar meneliti point-point yang saya cuba highlight.
Sebagai parents, kita kena cakna isu pornografi ini kerana:
- Anak kita adalah berpotensi untuk menjadi salah seorang mangsa
- Kemungkinan juga anak kita sendiri jadi pemangsa
- Kalau bukan mangsa atau pemangsa sekalipun, anak boleh scarred for life just dengan menjadi saksi harassment/assault orang lain
- Jangan fikir anak kita saja, ini isu masyarakat, isu ummah. Kita nak semua anak orang terselamat juga. Kita tak boleh menjaga keturunan kita saja. Nanti anak nak kahwin, bukan dia kahwin dengan saudara mara sendiri. Jadi, nak tak nak kita kena pastikan semua anak orang terjaga keturunan mereka juga.
Kalau nak diceritakan apa kaitan pornografi dengan jenayah seksual boleh jadi lebih panjang post ini. Jadi saya skip part ini.
Apa sangkut paut pornografi dengan anak-anak kita pula?
Banyak sangkut pautnya. Nak cerita panjang bab ini pun dah jadi cliche sebab semua orang tahu saja datang dari mana porn zaman sekarang. Even mak ayah pun dah tahu macam mana nak block laman web yang tidak sepatutnyanya itu. Itu kalau anak kita masih kecil dan tak berapa cekap teknologi. Anak remaja bagaimana?
Nak tahu dari mana anak-anak dapat porn selain daripada smartphone, tab dan PC?
1. MAJALAH UNTUK ORANG DEWASA
- Sesimple majalah yang mak-mak, isteri-isteri dok baca, ada porn di dalamnya. Tip-tip berjimak, posisi nak dapatkan baby, cara mengoda suami dan sebagainya. Rasa-rasa boleh meningkatkan syahwat tak? Kalau ya, itulah pornografi yang bertopengkan ilmu rumahtangga. Janganlah diletakkan majalah-majalah seperti ini sekali dengan bahan bacaan anak-anak.
2. NOVEL CINTA
- Tak perlu tipulah dalam novel cinta tak ada porn. Mesti ada juga sesat satu dua page yang describe sexual arousal pasangan bercinta itu. Sekarang banyak pula novel cinta suami isteri, gila tak ada babak lucah? Yang baca ini bukan semua isteri orang, kekasih orang atau si bujang pun baca. Budak sekolah? Hmm...
- Mak ayah sila selongkar bahan bacaan santai anak-anak anda terutamanya anak perempuan. Kalau anak lelaki bahan porn mereka lebih kepada video. Anak perempuan lebih kepada bahan bacaan bertopengkan novel remaja innocent.
3. DRAMA TV
- Mak ayah, please. Please restrict cerita apa yang anak boleh tonton. Drama TV sekarang ada yang tak tapis betul-betul. Saya terkejut sangat bila tv tayang cerita indo terang-terang tunjuk bab rogol beramai-ramai. Kenapa terkejut? Sebab ada budak dok ternganga dengan khusyuknya tengok apa brader ramai-ramai dok buat pada kakak yang pengsan itu.
- Tak payah kata cerita indo, drama Melayu pun sama. Filem adaptasi novel yang femes itu pun ada saja. Oleh sebab masyarakat sudah terbiasa baca part lucah dalam novel itu, maka bila dah jadi filem, sudah tentu mereka expect babak itu ada, kan. Benda salah yang dah jadi normal dalam masyarakat kita. Siapa lagi nak bising kalau bukan kita yang ada anak kecil ini?
4. PARENTS SENDIRI
- Anak selain baby masih tidur dengan parents? Hati-hatilah bila nak bersama. Anak dapat porn dari parents yang tak tahu anak berpura-pura tidur sepanjang 'game' sedang berlangsung. Allahuakbar. Yang ini paling sadis sekali. Ada hikmahnya Islam ajar pisahkan tempat tidur anak dengan ibu bapa dan pisahkan antara anak lelaki dan perempuan pula. Kalau mampu, tak perlu tunggu umur-umur tertentu nak pisahkan. Pisahkan seawal usia 3-4 tahun pun tak apa.
Isu ini berat, berat sangat untuk saya. Bayangkan saya dah tapis segala-galanya untuk anak-anak saya, tetapi anak saya masih tak selamat sebab anak orang lain tak diawasi oleh mak ayah mereka.
Anak saya scarred for life dan saya masih salahkan diri sendiri walaupun bukan kuasa saya nak control everything.
Saya menyeru dan mengajak sepenuh hati supaya semua ibu bapa ambil tahu dan ambil bahagian dalam menangani isu pornografi ini. Walau anak kita tak bergajet sekalipun, pornografi itu ada di mana-mana dalam pelbagai bentuk.
Blogger Comment
Facebook Comment