Dalam kejadian jam 5.37 petang Sabtu lalu di Jalan Lencong Barat, depan Taman Dahlia, Fasa 1, See Kim Chong, yang memandu kereta Perodua Myvi mendakwa dia telah 'dibuli' oleh pemandu kereta Perodua Axia yang berang dengannya.
Posted by See Kim Chong on Saturday, March 18, 2017
Tindakan mangsa menyebabkan pemandu Axia berkenaan berang lalu membunyikan hon. Enggan beralah, mangsa juga membalas beberapa kali sebelum terus memotong masuk di depan kereta Axia tersebut.
Mangsa juga dapat didengar mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemandu Axia berkenaan.
Tiga minit kemudian, lelaki berkenaan keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dan mengarahkan mangsa keluar dari keretanya. Namun, mangsa enggan melayan karenah lelaki itu menyebabkan dia memarkirkan kenderaannya di hadapan kereta mangsa.
Lelaki itu kemudian mengambil satu objek yang dipercayai payung untuk memukul kereta mangsa. Takut dengan kejadian itu, mangsa tertekan pedal minyak dan terlanggar kereta lelaki itu.
Takut dengan kejadian itu, mangsa segera menghubungi polis untuk meminta bantuan. Dalam kenyataan awal mangsa pada pegawai polis yang menerima panggilan itu berkata, lelaki itu telah memukul keretanya dan dia yang marah dengan kejadian itu terus melanggar kereta lelaki berkenaan.
Kereta mangsa juga mengalami kerosakan pada cermin depan, pintu depan bahagian penumpang dan cermin sisi.
Blogger Comment
Facebook Comment