JENIS-JENIS LANGIT DAN MAKSUDNYA


LANGIT. Apakah langit?


Langit ialah sesuatu yang terletak tinggi di atas, maka dengan itu kalau di bawah bukannya langit, tapi bumi. Tapi apakah langit itu?


Tidak ada penjelasan yag lengkap yang dapat diberikan mengenai langit dari segi saintifik. Oleh itu untuk memudahkan pembicaran, kita katakan langit itu suatu alam yang terletak tinggi melengkung di sebelah atas, di mana di sebelah bawahnya adalah bumi.


Allah menyebut dalam al-Quran langit itu berlapis- lapis, dan letaknya tergantung-gantung tanpa tiang. Di dada langit itulah terletaknya, bulan, bintang dan mata hari. Dan akan tiba pada suatu masa nanti langit  akan hancur dan musnah, iaitu  pada hari kiamat nanti.


 


Untuk membicarakan definsi dan keadaan langit adalah terkeluar daripada maksud pembicaran kita yang sebenarnya. Kita hanya ingin menyentuh sedikit tentang pengamatan orang-orang tua kita tentang tanda-tanda yang terdapat di langit dan mempunyai pertalian dengan kehidupan kita di bumi. Saya tidak membicarakannya dari segi ilmiah ataupun dari sudut penemuan sains, yang juga mempunyai pengetahuan yang amat kerdil tentang alam langit, lebih miskin daripada mereka mengetahu rahisa bumi itu sendiri.


Ini adalah antara tanda-tanda yang terdapat di langit mengikut pengamatan orang-orang tua kita yang ada kaitannya dengan kepentingan kita di bumi.


-Bila Langit Bersisik

Bila langit kelihatan bersisik dengan bintang-bintang tersusun seperti sisik ikan pada waktu malam bulan terang dipercayai para nelayan akan memperolehi hasil tangkapan ikan yang lumayan, kerana itu harga ikan di pasaran akan menjadi lebih murah pada keesokan hari.


Ia dipanggil juga langit berkerak [dengan bintang-bintang], iaitu teratur seperti kerak nasi di dalam periuk.


-Bila Kaki Langit Gelap-gugup


Bila langit di sebelah timur gelap-gugup dan hitam  dipercayai menandakan ribut dan hujan akan berlaku. Kalau keadaan in berlaku di waktu pagi menyebabkan kaum nelayan tradisional tidak berani turun ke laut untuk menangkap ikan kerana bimbang terperngkap dalam ribut dan hujan ketika berada di tengah laut.





-Bila Awan Tebal Bergugus-gugus


Bila awan tebal dalam keadaan berjeringkit atau bersambung-sambung dan bergugus di langit yang cerah, ia dipercayai  dapat memberi kesan positif kepada petani-petani yang menanam sejenis ubi yang dipanggil ubi torak oleh orang Kelantan. Ketika menanam mata hendaklah dipandang pada awan-awan tersebut, sambil berdoa kepaea Allah SWT dalam hati supaya ubi yang ditanam itu isinya nanti menjadi bergugus-gugus seperti awan-awan di langit itu.


-Bila Bintang-bintang Bertaburan Di langit


Bila bintang-bintang kelihatan banyak bertaburan di langit yang terang, dipercayai menandakan musim hujan telah berakhir dan cuaca yang baik akan bermula.

  

-Jika Langit Merah Di waktu Petang

Bila mata hari petang kelihatan dengan jelas dan terang dan berwarna merah darah, dipercayai memberi alamat yang kurang baik. Pada masa dulu dipercayai sebagai tanda ada orang yang akan mati berdarah.


Biasanya cahaya mata hari yang merah darah itu akan menebarkan cahaya ke langit yang akan turut bersama-sama kelihatan bewarna merah darah. Ini dipercacyai memberi alamat yang sama.





Mengikut kepercayaan kaum petani Inggeris warna  langit petang yang merah, bukan merah darah, itu dipercayai memberi alamat yang positif, iaitu esok hari cuaca baik..


-Bunyi Guruh


Jika kedengaran bunyi guruh atau guntur yang bertalu-talu di langit dipercayai hujan akan segera turun. Namun bgitu, tidak jarang berlaku, walaupun guruh berdentam dentun di langit dan kilat sabung menyabung, hujan tidak juga turun di tempat anda berada mendengar bunyi guruh bergeggar di angkasa itu.


Itulah dikatakan, “Bunyi guruh di langit, air di tempayan dicurahkan”.


-Langit Merah Di waktu Pagi


Jika langit berwarna merah di waktu pagi, ia dipercayai memberi alamat yang negatif. Ia dipercayai cuaca buruk akan tiba.


-Bintang Timur


Ada sejenis bintang di langit yang dipanggil bintang timur, ia sentiasa berkelap-kelip dengan indah sekali. Wanita yang mempunyai sepasang mata yang cantik bersinar dikatatan matanya seperti “bintang timur”.


-Tahi Bintang


Orang yang melihat tahi bintang [meteor] meluncnur laju di langit pada waktu malam biasanya dikehendaki meludah, kerana tahi bintang itu dikatakan sedang memanah jin, hantu dan syaitan. Meludah itu sebagai tanda penghinaan kepada  makhluk-makhluk yang jahat itu.


-Bila Langit Merah Mawar

Pada suatu ketika nanti, warna langit akan bertukar menjadi merah seperti bunga mawar atau bunga ros. Ini pasti akan berlaku, kerana ia terkandung dalam firman Allah sebagai salah satu tanda kiamat telah hampir benar.




 Allah berfirman, maksudnya:


“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti [kilauan] minyak”. Ar-Rahman [55]:37.


Wallahu’aklam.



via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment