HARI ISNIN MENYIMPAN RAHSIA PENTING



Isnin atau Isnaini dalam bahasa Arab bererti dua. Hari Isnin ertinya hari yang kedua dalam seminggu, setelah dimulai dengan hari Ahad yang bererti satu. Selepas hari Isnin diikuti dengan hari Selasa, iaitu hari ketiga.



Bukit Nur






Dalam sejarah Islam ada beberapa perkara besar telah berlaku pada hari Isnin, antaranya terhadap Baginda Rasulullah SAW sendiri, iaitu hari kelahiran dan kewafataannya..


BAGINDA DILAHIRKAN


Baginda SAW diputerakan pada subuh-subuh hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan kira-kira 20 April 571 Masehi oleh bondanya Aminah. .


Bondanya Aminah binti Wahab bin Awi Zahrah ibnu Murah. Ayahandanya Abdullah bin Abdul Mutalib. Baginda dilahirkan sebagai anak yatim, kerana ayahnya Abdullah telah meninggal di Madinah dalam perjalanan balik kerana satu urusan perniagaan dan dikebumikan di sana


Baginda SAW dilahirkan di rumah bapak saudaranya Abu Thalib, di perkampungan Bani Hasyim. Baginda disambut oleh bidan bernama al-Syifa’, ibu kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf. Rumah tempat kelahirannya itu menjadi terang benderang dengan cahaya suci yang membangktkan kehairanan yang berkunjung untuk melihatnya.


Baginda dinamakan Muhammad yang bererti “terpuji” oleh Datoknya Abdul Muthalib, sebuah nama yang tidak banyak dipakai di Makkah waktu tu. Datoknya berharap cucunya akan menerima pujian orang.


Baginda SAW disusukan oleh lima orang wanita. Mereka ialah bondanya Aminah bte Wahab, Suwaibah Al-Aslamiah, Ummu Aiman, Kahulah bt Mundir dan Halimah binti Abu Zuaib al-Sa’diah. Wanita yang terakhir itu adalah yang paling lama menyusu Baginda saw.


Kehidupan keluarga Halimah dan suaminya Abu Kabsyah pada masa itu amatlah susah, mereka miskin, tapi selepas Nabi SAW hidup bersama mereka, maka keadaan mereka telah berubah bertambah senang.


Baginda mempunyai beberapa nama lain lagi, selain dari Muhammad, antaranya ialah,


Ahmad, Al-Maha [Menghapus], kerana Allah menghapuskan kekafiran dengan Baginda saw. Al-Aqibah [Kesudahan], kerana tidak ada nabi lagi sesudah Baginda SAW. Al-Hasyir [Menghimpun] kerana manusia terhimpun atas agamanya. Al-Maqfa [Yang Diikuti], Nabi Rahmah [Nabi yang membawa Rahmat..Nabiyut Taubat, Nabiyul Malhamah, Al-Fatih,Thaahaa,Yaasiin,Khatamun Nabiyin. Dan lain-lain lagi.


Selain itu nama-nama gelaran untuk Baginda SAW  ialah Adul Qasim dan Abu Ibrahim.


Namun begitu tarikh kelahiran Baginda SAW mash menjadi perselisihan hingga ke hari ini. Ada berpendapat tarikhnya ialah 12 Raibul Awal. Negara kita Malaysia menerima tanggal tersebut secara resmi, dan menjadikanya hari cuti am di Malaysia.


Tapi ada pula yang menolak tanggal tersebut, dan mengemukakan tarikh lain Menurut perhitungan mereka tanggalnya ialah 9 Rabiul Awal Tahun Gajah, bersamaan dengan 20 April 571. [Pendapat Al-Marhum Mahmud Basha al-Falaki]


DIANGKAT JADI RASUL


Muahammad SAW dilantik menjadi Rasul ketika sedang mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira, di puncak Bukit Jabal Nur [Bukit Cahaya]  yang letaknya kira-kira 6 batu  dari Bandar Makkah. Peristiwa ini berlaku  pada hari Isnin, 17 Ramadan, 13 tahun sebelum Hjrah bersamaan dengan 6 Ogos 610 Masehi..

Dalam peristiwa itu Malaikat Jibril as tiba-tiba menjelma dihadapannya membawa wahyu [pemerintah dan pemberitahuan] dar Allah, lalu berkata,


Jibril: “Bacalah wahai Muhammad”.


Muhammad: Dengan terperanjat dan kehairanan Baginda SAW menjawab, “Saya tidak mengerti membaca”.


Jbril as terus mendapatkan Nabi SAW dan memeluknya dengan kuat, menyebabkan Baginda SAW merasa hendak lemas dan letih lesu, kemudian dilepaskannya.


Jibril: “Bacalah!”.


Muhammad: “Saya tidak mengerti membaca”.


Sekali lagi Jibril as memeluk Nabi SAW kemudiannya melepaskannya.


Jibril: “Bacalah”.


Muhammad: “Saya tdak mengerti membaca”.


Jibril as lalu memeluk Baginda SAW buat kali ketiga, kemudian dilepaskan lantas berkata ayat yang bermaksud:.


“Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhan-mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.  Bacalah, dari Tuhan-mulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar ]manusia] dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Al-Alaq [96]- 1-5


Selepas itu Jibril menghilangkan diri dan dalam keadaan ketakuran, keraguan dan letih lesu kerana dipeluk oleh Jibril berkali-kali it. 
.

Ini adalah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW yang membuktikan bahawa Baginda SAW telah diangkat menjadi Rasulullah atau Utusan Allah tanpa disedari oleh Baginda SAW. waktu itu.


Ketika itu beliau berusia 40 tahun, 6 bulan dan 8 hari menurut kalender Qamariah atau 39 tahun, 3 bulan dan 8 hari menurut tahun syamsiah [mata hari].


Setelah menerima wahyu itu Baginda SAW terus balik ke rumah dalam keadaan cemas dan gementar. Tapi isterinya Khadijah yang patuh, setia dan pengasih, bijaksana  berjaya mententeramkan Baginda SAW dengan kata-kata yang menyejukkan hati.



Kafilah perdagangan Arab


 






WAFAT


Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal 11 Hijrah bersamaan  dengan 28 Mei 632.Masehi. Ketka itu Baginda berusia 63 tahub, 3 hari mengkut tahun Hijrah, dan 61 tahun 84 hari berdasarkan tahun Masehi.


Sebelum itu Bagnda SAW  melakukan Haji Wadak [Haji Penghabisan]. Pada 25 Zulkaedah  tahun ke-10 Hijrah, Baginda SAW bersama ‘dengan 100,000 orang bertolak dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunai ibadat haji.


Sebelum menyelesaikan upacara haji, Rasulullah SAW telah berucap di Bukit Arafah menyampaikan amanat yang penting kepada umat Islam. Peristiwa itu berlaku pada 8 Zulhijah  tahun ke 10 Hijrah bersamaan dengan 7 Mac 632. Selesai melakukan ibadah haji, Baginda SAW pun kembali ke Madinah.

Kira-kira tiga bulan kemudian, Bagnda SAW mendapat sakit demam yang membawa kepada kewafatannya itu.


Jenazah Baginda SAW dimandikan oleh Ali bin Abu Thalib, dan dibantu oleh al-Abbas, dua orang anaknya, al-Fadl dan Qatham, Usamah bin Zaid dan Syuqran, dan dikebumikan dalam bilik Aisyah, tempat Baginda SAW wafat.

Tidak ada harta pusaka yang ditinggalkan kepada anak isterinya, kecuali dua pusaka agung untuk diwarisi kepada seluruh umatnya, iaitu Kitabullah [al-Quran] dan Sunah Rasul-Nya.



Sumber : pondokrahmat


via Bin Usrah
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment