Bolehkah kita membunuh semut dengan racun sedangkan semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya.
Masalahnya, semut terdapat dimana-mana sahaja termasuk didalam beras, sinki dan disoket lampu.
Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.
Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?
Dalam sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata, "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shurad."
Hadis ini menunjukkan hukumnya haram membunuh empat jenis binatang tersebut atau memakannya.
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula satu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya.
Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitan dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.
Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah. Setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat kembali sarangnya.
Usaha yang kita lakukan adalah untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan Rasulullah SAW yang kita tidak mampu memahaminya secara pasti.
Wallahu a'lam.
Sumber : sentiasapanas.com
via Bin Usrah
Blogger Comment
Facebook Comment