Terminator nak hentak muka Trump ke meja


LOS ANGELES - Pelakon Hollywood, Arnold Schwarzenegger semalam secara berjenaka berkata beliau mahu menghentak muka Presiden Donald Trump ke meja. 

Pengacara program realiti The Celebrity Apprentice itu berkata demikian apabila pembantunya mencadangkan agar satu mesyuarat selama satu jam diadakan bersama bekas pengacara program itu pada Jumaat lalu. 

"Saya cakap pada pembantu, apa yang kita patut buat ialah meminta diadakan mesyuarat dan kembali ke New York, kemudian hentak mukanya pada meja," Arnold susulan kritikan Trump baru-baru ini yang menyatakan beliau gagal melakukan tugas baik sebagai Gabenor California atau pengacara program TV. 

Pada Jumaat lalu, Trump memuat naik tweet, "Arnold Schwarzenegger memang teruk sebagai Gabenor California dan lebih teruk sebagai pengacara The Celebrity Apprentice. Sekurang-kurangnya beliau sudah mencuba!"


Trump berkata demikian kerana kecewa melihat rating program realiti itu didakwanya menjunam teruk apabila dikendalikan oleh Schawarzenegger.

Dalam respon awal pelakon Terminator itu, beliau mencadangkan agar Trump kembali menjadi pengacara program itu dan beliau menggantikan tempatnya sebagai presiden agar semua orang boleh tidur lena.

"Hey Donald, saya ada idea menarik. Apa kata kita tukar 'tempat'? Awak ambil alih program realiti TV sebab awak sangat pakar dalam soal rating dan biar saya ambil alih kerja awak (di White House) dan orang ramai akhirnya boleh tidur lena," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment