Siapa kata tak boleh guna perkataan 'jangan' dalam mendidik anak?



Siapa kata tidak boleh guna perkataan 'jangan' dalam mendidik anak untuk mengelakkannya berfikiran negatif? Bahkan dalam surah Luqman, dirakamkan bahawa Luqman sendiri dalam mendidik anaknya menggunakan perkataan 'Jangan'. 

"Wahai anakku, jangan mensyirikkan Allah."

"Janganlah engkau memalingkan wajahmu dari manusia kerana sombong dan berjalan di bumi dengan angkuh."

Dalam mendidik anak menjadi muslim yang benar, memang banyak 'JANGAN' yang perlu diperkenalkan seperti:
  • Jangan tinggal solat
  • Jangan menipu
  • Jangan menderhaka kepada guru
  • Jangan mencuri
  • Dan bermacam-macam lagi

Ada masanya anak perlu juga dirotan seperti yang disarankan di dalam hadis, terutamanya jika masih meninggalkan solat pada usia 10 tahun. Cumanya, larangan 'jangan' dengan kata-kata perlu diiringi juga oleh tauladan yang baik dari ibu bapa. 

Jangan ibu bapa kata pada anak jangan tinggalkan solat, tetapi ibu bapa sendiri yang meninggalkan solat atau bermudah-mudah dalam solat. Bila mesej tidak selari dengan tauladan, memang tak ke manalah jawabnya.

Artikel berkaitan: 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment