Pekerja Di Jepun Boleh Minta Cuti Putus Cinta

Sebuah syarikat di Jepun, Hime & Company yang mempunyai banyak cawangannya telah memperkenalkan satu cuti baru bagi para pekerjanya.
Cuti putus cinta ini dilancarkan adalah untuk memulihkan perasaan setiap pekerja yang baru putus cinta dan dengan cuti ini diharapkan agar mereka dapat menghilangkan setiap kesedihan yang dilalui.
Kakitangan yang berusia 24 tahun dan ke bawah boleh mengambil cuti selama satu hari.
Bagi mereka yang berusia 25 hingga 29 tahun pula layak untuk mengambil cuti dua hari dan bagi mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas mereka layak untuk mengambil cuti selama tiga hari.
Lebih tua usianya lebih banyak cuti yang boleh diambil kerana pihak syarikat beranggapan mereka yang berumur bawah 30 tahun selalunya lebih mudah untuk mendapat pengganti.
Mereka yang berusia lebih 30 tahun perlukan cuti yang banyak untuk memulihkan perasaan sedih itu.
Sumber: Internet
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment