(Video) Ragut Depan Rumah


KUALA LUMPUR - Video dua lelaki bersenjata meragut seorang penduduk di sebuah taman perumahan, viral di media sosial, semalam. 

Dalam kejadian pada Khamis, di Taman Midah Cheras, dua peragut yang menaiki motosikal Honda EX5 telah meragut beg seorang pemandu kereta dipercayai wanita di hadapan rumahnya. 


Menurut sumber, mangsa berkemungkinan telah diekori sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan apabila hendak masuk ke dalam rumah, salah seorang peragut telah memecahkan tingkap kereta bahagian pemandu dengan parang sebelum merampas beg tangannya. 

Seorang pemandu lori yang menyaksikan kejadian itu dilihat cuba menghalang dua peragut terbabit dengan membaling kon ke arah mereka. 

Dua peragut terbabit kemudian melarikan diri dengan motosikal yang dilaporkan telah dicuri pada Rabu lalu. 

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling sebelum masuk ke dalam rumah. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment