(Video) Kangaroo Tergamam Ditumbuk Manusia


AUSTRALIA - Demi menyelamatkan anjing peliharaannya dari menjadi mangsa pukul, seorang lelaki telah menumbuk seekor kangaroo, lapor Daily Mail. 

Greig Tonkins, 34, bertindak demikian bagi menyelamatkan anjing, bernama Max dan video tindakannya itu kini viral di media sosial. 

Tonkins yang bekerja sebagai penjaga gajah di Taronga Western Plains Zoo di Dubbo, New South Wales telah keluar memburu babi hutan dengan sekumpulan rakan-rakannya pada bulan Jun lalu. Namun, anjing mereka telah diserang oleh seekor kangaroo.


Greig Tonkins, 34 bersama rakan-rakannya memburu babi hutan
Kejadian itu juga telah diketahui pihak Zoo dan mengesahkan bahawa Tonkins adalah kakitangan mereka. 

"Kebajikan haiwan dan perlindungan hidupan liar Australia adalah perkara paling penting di Taronga. Kami sedang bekerjasama dengan Tonkins untuk memahami mengapa dia mengambil tindakan itu dan akan menimbangkan tindakan yang sewajarnya," kata jurucakap zoo. 

Anjing peliharaan Tonkins dipaut kangaroo
Anjing berjaya melepaskan diri dan kangaroo bersiap siaga bertinju dengan Tonkins
Dushh!! Kangaroo ditumbuk oleh Tonkins tepat di bahagian mukanya. 
Kangaroo tergamam seketika selepas ditumbuk Tonkins.
Bagaimanapun, salah seorang rakan Tonkins yang turut serta pada hari kejadian cuba mempertahankan lelaki itu dan berkata, Tonkins hanya menumbuk Kangaroo itu agar anjingnya dilepaskan. 

"Anjing itu cuba melepaskan diri dari genggaman kangaroo itu dan sebab itulah dia (Tonkins) turun membantunya," kata lelaki berkenaan. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment