(Video) 'Buat Drama Dalam Longkang Pulak...'


MIRI - Dua lelaki berusia lewat 30'an ditangkap selepas cubaan mereka untuk mencuri sebuah motosikal gagal. 

Dalam kejadian tengah hari tadi di Taman Yakin, dua suspek berkenaan bertempiaran lari selepas perbuatan mereka disedari orang awam. 

Suspek pertama berjaya ditahan dan dikurung dalam pagar premis | Foto - Netizen
Suspek pertama berjaya ditahan dan dikurung di sebalik pagar sebuah premis, manakala seorang lagi suspek bersembunyi dalam longkang dengan harapan tiada yang menyedari kelibatnya di situ. Malangnya, usahanya itu gagal selepas dia dikerumuni oleh orang awam. 

Ketika disuruh keluar dari longkang, suspek meminta maaf di atas perbuatannya itu dan merayu agar dilepaskan. Ketika ditarik keluar, suspek sengaja memberatkan badannya dan kembali terbaring dalam longkang.

Posted by Kelab Info Malaysia on Wednesday, 21 December 2016
Posted by Kelab Info Malaysia on Wednesday, 21 December 2016
Posted by Kelab Info Malaysia on Wednesday, 21 December 2016

Kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment