Pesawat TUDM Terhempas, 1 Maut & 3 Lagi Cedera


BUTTERWORTH, PULAU PINANG - Seorang Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, manakala tiga lagi cedera selepas pesawat yang dinaiki mereka terhempas di Pangkalan TUDM, hari ini. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5.20 petang dan difahamkan pesawat Beechcraft King Air 200T berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dan membawa tiga kru udara.

Pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat sebelum terbakar. 


Pihak kecemasan berjaya memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang cedera. Bagaimanapun, keadaan terkini kesemua mangsa masih belum diketahui setakat ini.
Pihak TUDM yang dihubungi oleh Harian Metro, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment