3 Hari Hilang, Pelajar UNISEL Disyaki Diculik

(Kiri) Amirul, lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan mangsa (kanan) Sharifah Nur Shuhada Syed Anuar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu | Foto - Fadhil Saufi

RAWANG, SELANGOR - Seorang pelajar perempuan Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam, dilaporkan hilang semenjak Sabtu lalu. 

Sharifah Nur Shuhada binti Syed Anuar, dilaporkan hilang di  sekitar Rawang atau Serendah kira-kira jam 1 petang, dipercayai bersama dengan seorang lelaki yang berasal dari Klang.

Difahamkan keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka pada Ahad lalu. 

Menurut rakan mangsa, Hidayatul Suaidah, lelaki yang bersama anaknya, Amirul, ada menghubungi dan mengugut bapa mangsa. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa dan suspek, diminta menghubungi sepupu mangsa, Fadhil Saufi di talian 011-37554744. 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kehilangan mangsa. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment