Jual Motor Ke Jual Temberang Sampai 44,000 Share?


KUALA LUMPUR - Tindakan yang tidak bertanggungjawab sebuah laman Facebook yang mendakwa motosikal roda tiga berbumbung dijual di Malaysia, cetus kemarahan netizen. 

Beberapa gambar motosikal skuter yang menggunakan kuasa elektrik dengan kelajuan maksimum 60 km/j didakwa pengendali laman tersebut dijual pada harga promosi RM2,000+ bersempena dengan pelancarannya baru-baru ini. 

Dalam status berkenaan, pengendalinya meminta mana-mana netizen yang berminat dengan kenderaan itu, bolehlah 'like' dan 'share' post laman berkenaan terlebih dahulu sebelum menaip 'pm' (private message) di ruangan komen. 

Selain itu, mereka turut menegaskan bahawa hanya pelanggan yang cepat saja akan mendapat kenderaan tersebut yang dijual di Selangor.





Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai showroom dan lokasi tepat kedai mereka, persoalan itu tidak dijawab. Menyebabkan ramai yang mendakwa pengendali laman berkenaan telah menipu orang ramai. 


Berdasarkan pencarian di internet, motosikal roda tiga ini dijual di China dengan harga 12,800 yuan bersamaan RM8,200 dengan lapan variasi warna pilihan yang menarik. 

Menurut laman Taobao, kenderaan itu sesuai untuk digunakan oleh golongan bujang, warga tua dan golongan yang berpendapatan rendah bagi mengelakkan kesesakkan dalam pengangkutan awam. 

Menurut sumber, kenderaan roda tiga ini telah lama berada di pasaran China dengan pelbagai jenama, malah di pasaran Indonesia juga. 





Lapor sebuah laman automobil tempatan, Careta, kenderaan tersebut masih belum berada di pasaran negara ini. 

"Kami tengok ada Facebook lain buat promosi untuk model ini. Kalau nak bayar booking, pastikan ada dapat resit rasmi dengan stamp chop company.

"Setahu kami, ia belum diberi kebenaran oleh pihak JPJ untuk dijual dan digunakan di Malaysia," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment