Bapa Mohon Hakim Tarik Balik Ikat Jamin Untuk Beri Pengajaran Kepada Anaknya


IPOH - Seorang bapa sanggup memohon Mahkamah Sesyen menarik balik ikat jamin yang diberikan kepada anak lelakinya yang dituduh terbabit dalam samun berkumpulan, lapor Harian Metro

Sebaik saja Hakim S Indera memberitahu tertuduh, Herry Dass, 26, dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000, bapanya, V Maria Dass, 55, terus meluru ke hadapan mahkamah meminta ikat jamin itu ditarik balik kerana anaknya itu tidak serik melakukan kesalahan jenayah. 

Melihat reaksi bapanya itu, Herry kemudian terus  menangis dan meraung dalam kandang tertuduh memohon maaf kepada bapanya sebelum hakim terpaksa menangguhkan prosiding bagi memberi peluang kepada dua beranak itu berbincang. 

Selepas prosiding dimulakan kembali, Maria Dass bagaimanapun tetap nekad dengan keputusannya untuk memohon mahkamah menarik balik ikat jamin yang diberi terhadap Herry. 

Herry terus mearung serta meluru ke arah bapanya sebelum sujud di kaki bapanya memohon maaf namun Maria Dass enggan memaafkan anaknya itu. 

Indera Nehru kemudian membenarkan permohonan Maria Dass untuk menarik balik ikat jamin terhadap tertuduh dan memaklumkan kepada Maria Dass bahawa keputusan menarik balik itu akan kekal. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment