'Saya Tak Tahu Budaya (Body Shaming) Di Sana Tak Elok, Maafkan Saya' - Janna Nick


Semalam heboh di media sosial pelakon Janna Nick dihentam kerana netizen komennya yang dianggap 'biadab' dan mempertikaikan fizikal seorang model kelahiran Australia, di laman Instagram Ruby Rose. 

Sudahlah dihentam netizen luar negara, bila tersebar, netizen tempatan pun hentam Janna Nick. 

Bagaimanapun, Janna Nick tampil memohon maaf di atas ketelanjuran komennya (body shaming) itu dan mengakui beliau tidak bermaksud menghina mahupun mempertikaikan fizikal model berkenaan. 

"Saya minta maaf di atas kebodohan saya. Saya sudah lama mengikutinya dari dia agak berisi sehinggalah dia kurus. Komen itu dimuat naik 5 bulan yang lalu dan saya tidak tahu budaya di sana kerana bangsa kita 'ramai saja yang komen di Instagram saya kata gemuknya saya dan saya okay sahaja. 

"Kalau betul saya nak kutuk fizikal orang, boleh saja saya kutuk sesama artis Malaysia. Saya minta maaf kalau komen saya pada Ruby Rose itu membuatkan anda sakit hati. Tapi betullah, saya sepatutnya beri komen dalam bahasa Kedah di Instagram Ruby Rose tu," selorohnya. 



Jelas Janna Nick lagi, beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima teguran, namun jangan babitkan artis Malaysia yang lain. 

"Jangan libatkan artis yang lain. Saya seorang saja bebal, yang lain okay," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment