Tikus Bersarang Dalam Bekas Cili Kering, Giant


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita memuat naik beberapa gambar dan mendakwa sebuah pasar raya terkemuka di negeri itu tidak bersih dan dicemari tikus. 

Winnie Tan, memuat naik beberapa gambar tersebut di laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

"Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?)," katanya yang mendakwa gambar itu dirakam di pasar raya Giant. 


Berdasarkan gambar, hanya dua ekor tikus sahaja yang kelihatan di bahagian bawah kiri bekas tersebut. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana boleh wujudnya ruang kosong di tengah-tengah bekas itu? Bukankah tikus tidak tahan dengan bau pedas? Bagaimana ia boleh menjadikan tempat itu sebagai sarang? 


Difahamkan, ekoran viral itu, Winnie Tan telah pun menutup akaun Facebooknya, dipercayai bimbang dikenakan tindakan. 

Ekoran viralnya gambar-gambar tersebut, pihak pasar raya berkenaan telah mengambil tindakan memeriksa bekas cili kering yang didakwa mempunyai sarang tikus. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kebersihan pasar raya Giant. Ini kerana, jika makanan yang dijual dicemari oleh kencing tikus, ia boleh menyebabkan pengguna dijangkiti penyakit kencing tikus. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment