Dato Seri Vida Berang Tidak Dapat Mikrofon Dan Bercakap Di Gegar Vaganza
Gegar Vaganza (GV) musim baru mula disiarkan secara langsung dan sememangnya di nanti para peminat dan penonton.
Namun ada satu insiden yang mana Dato Seri Vida 'berebut' mikrofon dengan petugas produksi yang menjadi bualan hangat.
Dato Vida ternyata tidak berpuas hati apabila dia tidak diberi lebih masa untuk berucap selepas dipanggil pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Jelas Dato Vida mendakwa insiden 'berebut' mikrofon pada konsert minggu pertama GV3 itu bukan satu gimik tetapi benar-benar berlaku.
Sebaliknya, dia memang mahu mengambil kesempatan tampil dalam program terbabit untuk mempromosikan produk.
Sebagai peniaga, dia enggan melepaskan peluang untuk menghebahkan produk keluarannya apatah lagi di siaran langsung yang ditonton jutaan penonton.
Menurutnya, sikap pihak Astro yang tidak mahu memberi mikrofon menyebabkan dia mula rasa bosan.
Ini komen Vida:
"Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama.
"Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen (TV) terbabit,"
"Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.
"Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama,"
Selain berebut dengan petugas tersebut, di akhir rancangan Dato Vida juga berebut mikrofon dengan Jihan Muse.
Blogger Comment
Facebook Comment