Klip video itu menunjukkan, Vasilina, yang menetap di Rusia itu menggunakan jari kakinya mengepit garfu dan menyuap makanan ke mulutnya.
Video tersebut dirakam oleh ibunya, Elmira Knutzen, yang geli hati melihat kejayaan anak perempuannya itu.
Pada awalnya, Vasilina tidak berjaya menyuap makanan ke dalam mulutnya. Namun, pantang berputus asa, dia menggunakan jari kaki kirinya memperbetulkan kedudukan kentang dan garfunya sebelum disuap ke mulut dengan jayanya.
Bukan Elmira sahaja yang gembira dengan pencapaian anaknya itu, malah netizen juga turut berkongsi kegembiraan yang sama. Video Vasilina yang dimuat naik oleh Elmira di laman Facebook telah ditonton lebih dari 54 juta kali, 445,000 likes dan 1,278,899 shares!
Ramai yang memuji usaha Vasilina, tidak kurang juga yang bersimpati, selain memberi inspirasi kepada netizen yang lain agar tidak mudah berputus asa meskipun ada kekurangan diri. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment