Gegarvaganza 3 kembali menggegar, siti sarah ungguli minggu pertama

Penantian hampir setahun berakhir jua apabila konsert pertama GegarVaganza 3 telah berlangsung semalam. Abang Nara dari pukul 830 malam dah tercongok depan televisyen. Memang tak sabar. Ternyata konsert pertama GV3 tidak mengecewakan dari segi persembahan peserta, lawak Nabil dan Jihan serta interaksi para juri dan juga Dato Vida. Semuanya memberi kombinasi yang cukup awesome untuk para penonton menghiburkan diri di hujung minggu.

gegar vaganza 3

Seperti musim-musim sebelum ini, minggu pertama Gegar Vaganza menyaksikan para peserta menyanyikan lagu yang telah mempopularkan mereka satu ketika dahulu. Orang kata ini lagu makanan. Semua persembahan best-best belaka tetapi feveret Abang Nara ialah Zarul dengan Ramalanku Benar Belaka dan juga Nora Di Persimpangan Dilema. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Siti Sarah kerana berjaya merangkul tempat pertama di minggu pertama ini. Siti Sarah telah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi.

gegar vaganza 3


Seperti biasa juga minggu pertama tiada sebarang penyingkiran berlaku. Semuanya masih tengah panaskan badan jadi tak adil lah untuk singkirkan sesiapa. Adakah anda turut sama menonton konsert pertama GegarVaganza 3 semalam? Kalau iye, persembahan manakah yang menjadi feveret anda? Siapakah yang mempunyai aura juara? Siapa pula yang akan tersingkir awal? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa bahawa Abang Nara dan Astro akan memberikan 3 keping tiket khas menonton konsert GegarVaganza 3 setiap minggu. Kena nantikan artikelnya setiap hari Khamis.




SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment