Oleh Abu Hurairah Asifa
Ketika isteri marah, jangan lari bro! Duduk dekat dengan dia. Tapi kalau tiba-tiba keletuk! Kepala tu kena pinggan alcopal, tak apa. Bro duduk jauh sikit, mungkin dia tak selesa tetapi tolong jangan lari. Jangan start enjin nak ke kedai mamak atau gelanggang futsal. Jangan keluar dari rumah. Stay the same!
Sebab masa ini isteri kita bukan lagi Habibah, Hamidah atau Qasidah. Dia marah dah! Bro kena tengok saja apa yang dia buat. Kalau dia suruh cakap, bro cakap saja walaupun pahit. Kalau tiba-tiba isteri suruh diam, bro diam. Jangan banyak tanya. Bila dah diam, tiba-tiba dia cakap,
"Kenapa abang diam? Cakaplah!"
Masa itu, bro cakaplah balik dan perkara ini akan berulang-ulang sampailah ke sudah. Sabar saja, tak ada lain dah.
Masa isteri marah, dia akan hilang dua perkara utama iaitu akal dan tindakan. Dia akan bertindak melulu dan tindakannya macam hantu. Cuma kalau agak teruk, bawa anak-anak masuk ke bilik dan kuncikan mereka.
Berapa lama? InsyaAllah tak lama bro. Paling-paling separuh masa kedua, masa Manchester Leading Dia dah mula okay. Masa itu, bro pula layan. Panggil nama dia, sebutkan benda-benda yang baik, doa banyak-banyak sebab hati dia milik Allah. Bukan milik bro!
Datang dekat, pegang tangan dia dan sapu air mata yang sudah kering menangis dari tadi itu. Dan tolong ya bro, pegang tangan saja. Silap pegang, bro akan terkeluar dari senarai lelaki yang dia sayang.
Cakap dengan hati atau kalau tak ada ayat, cuba tengok-tengok di dinding atau tv, kalau ada bait-bait lagu Aiman tino ada. Cuma jangan merapu, itu saja. Silap-silap kena penampau ubi sekali lagi. InsyaAllah, hatinya akan lembut. Dia akan sandarkan kepalanya di bahu bro, dia akan menangis lagi dan kali ini kuat sikit, mungkin meraung. Masa ini bro nak menangis sekali pun tak apa.
Selesai itu, ajak isteri jumpa anak-anak. Minta maaf dengan mereka sebab mereka tak salah. Cium mereka dan peluklah mereka. Last sekali, ajak isteri bro mandi! Faham?
Hati tu jangan keras sangat bro. Buatlah taman sikit. Haish! - Abu Hurairah Asifa | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment