DBKL Nafi Akan Laksanakan Sistem Caj Masuk Terhadap Kereta Persendirian


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan laporan The Edge yang mendakwa pihaknya akan mengenakan caj pada kereta persendirian yang masuk ke pusat bandar sebaik saja projek MRT Line 1 mula beroperasi, lapor Bernama. 

Artikel berkaitan: 
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata, laporan The Edge itu adalah tidak benar. 

"Tiada perancangan dalam melaksanakan sistem caj kereta persendirian masuk ke ibu kota selepas MRT selesai (siap dibina), katanya. 

Portal The Edge semalam melaporkan, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad dipetik berkata, pihaknya akan melaksanakan sistem itu sebagai inisiatif terakhir bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar, seterusnya menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. 

Bagaimanapun dalam laporan itu, pihaknya sedang mengkaji perkara ini dan caj setiap jenis kenderaan belum ditentukan lagi. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment